"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, November 9, 2009

Ayeob UMP kol...

Pasang emas dibawak belayar
Masak sebijik di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawak mati...



DALAM pukul 10.00 pagi tadi saya menerima kol daripada seseorang. Seseorang tersebut telah banyak menolong saya dalam melaksanakan tanggungjawab kerja semasa saya bekerja di Kolej Shahputra Pekan dulu.

Saya amati nombor di hp saya, saya tak kenal sebab ada nombor sahaja tertera. Saya dah mula terfikir jika saya masih tak bayar lagi hutang kereta, hutang bank, hutang tupperware dan hutang rumah. Rasanya semua dah saya langsaikan...Sapa pulak kol ni?

Rupanya Ayeob, sekarang dia bekerja di Universiti Malaysia Pahang. Amboi gembiranya saya pada hari ini sebab dia kol menanyakan khabar berita...

Saya mengenalinya semasa dia masih pelajar lagi, dia juga merupakan kawan baik kepada Adik. Tidak seperti Adik yang giler glamour, Ayeob lebih cool sikit orangnya.

Semasa bekerja di KSP Pekan dulu Ayeob lebih glamour berbanding saya. Namun jika ditimbang-tara antara kami...Adiklah yang paling glamour pada masa tu. Huh entah ilmu apa yang dia pakai?, hanya Anis je yang tahu kot...he he he.

Tetapi posting ini adalah mengenai Ayeob bukannya Adik. Maka kita kembali kepada pusat cerita iaitu Ayeob. Ayeob mempunyai kemahiran komunikasi yang mengkagumkan. Dia boleh buat orang tersenyum bila berbicara dengannya, dia juga pandai buat lawak... Semasa bekerja bersamanya di Pekan saya dapati `PR'nya jauh lebih baik berbanding saya. Ibarat membandingkan IKEA dan Mydin.

Di KSP Pekan dulu dia menjadi pembantu saya di bahagian peperiksaan. Dia melicinkan proses gerak kerja terutamanya bila saya terpaksa berhubung dengan pihak luar. Saya ni nama sahaja pengurus tetapi tak tahu nak mengurus, merangcang apa, he he he. Namun bila kami dah berbincang dan menemui kata sepakat...saya akan menolongnya bersungguh-sungguh. Eh siapa yang bantu siapa ni? he he he.

Saya masih ingat bila Ayeob pergi ke Cameron highlang apabila dia balik dia belikan coklat2 yang mahal untuk saya. Kepada orang lain dia berikan dua tiga butir sahaja, tetapi kepada saya siap dengan bekasnya sekali!

Kelebihan Ayeob yang lain ialah dia boleh membuatkan sesuatu kerja yang bagi saya nampak berserabut dan sukar menjadi simple. Saya penakut dan tak berani ambik risiko dan dia sebaliknya. Selalunya apabila sesuatu keputusan memerlukan pengesahan saya atau kebenaran saya dan saya pada masa itu tak tahu ke tengah ke tepi... dia beritahu ` Tak apa En Sukiman. Kalau apa-apa yang terjadi saya akan tanggung'. Namun tak ada apa-apa yang terjadi selepas itu, dia selalu berkeyakinan tinggi dan keputusannya selalu tetap dan cepat!

Namun bila kami berpindah ke Kuantan, suasana berubah sikit. Saya jarang boleh bercakap dengannya. Hendak lunch dengannya pun susah. Saya tahu dia sibuk dan saya pun menyibukan diri jugak. Pendek kata masing-masing sibuk, masa berganti masa, dan berlalu...dan tup-tup saya dengar dia dapat kerja di UMP.

Saya doakan apa yang dihajatinya didapatinya...dia banyak menolong saya...terlalu banyak.

Jan: Baik budi dimakan tuan..Banyak budi kepada sahaya. Nak membalasnya tiada harga dan ukuran... Terima kasih buat budiman.

No comments:

.