"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, November 4, 2009

Tuhan tak tunai... III

KALAULAH semua doa dikabulkan penuhlah asrama MRSM kan?, Nanti tak cukup universiti dibuatnya. Ramai pula yang menang loteri... Sapa pulak nak jadi paling cantik di dunia ni? Tak lakulah ubat kurus di pasaran... Dunia politik akan lebih kacau bilau tak cukup kerusi, semua nak menjadi menteri dan mungkin ada Kementerian Sarapan Pagi, he he he. Sebab tu kot doa-doa tersebut ditapis... dipilih... diedit. Dibangkulsampahkan?

Tetapi kalau kita fikir-fikir banyak jugak yang kita tak doa pun kita dapat! Diberikan secara berpatutan dengan siapa kita oleh-Nya. (kalau muka kita, kita nak tidur pun kita tak basuh macam mana nak harap tetap bugar diusia 40an kan, tak kan pakai doa semata).

Banyak juga sebenarnya kalau kita renungi, doa kita dikabul! Tapi dalam bentuk yang agak misteri atau lucu tetapi yang nyata ianya memberi kesejahteraan kepada kita (yang malas saya nak ulas...tetapi bagi saya tuhan penuh misteri...)

Tetapi betul juga kata ustad yang kalaulah doa-doa saya dikabulkan naya nanti…he he he. Saya sangat suka berdoa masa saya kecil, doa-doa saya memang patut tak dikabul... he he he. Contohnya, pada tahun pertengahan 1970an, ketika di darjah dua. Saya selalu berdoa agar turun makhluk asing tengah padang sekolah dan ambik cikgu ilmu hisab (matematik) saya. Saya benci sangat sebab dia selalu suruh saya buat benda-benda mengarut seperti hafal sifir dan bahagi atau kuasa dua kan nombor2. Pada masa tersebut saya fikir huh apa faedahnya?. Dari dalam kelas saya merenung ke padang dengan muka yang tak puas hati dan berdoa biar piring terbang tu betul-betul turun di tengah padang.

Malah kadang-kadang saya berdoa agar cikgu bahasa inggeris yang bengis itu pun diculik sama, dibawak lari daripada dunia ini...

Saya juga pernah berdoa agar hujan ribut dan gempa bumi berlaku dua minggu sebelum menjelang peperiksaan SRP, siap menadah tangan dengan khusyuk. Saya tak berapa bersedia kerana saya rasa banyak yang saya tak kaver lagi. Tetapi cuba bayangkan kalau doa saya tu terkabul. Saya menyusahkan banyak orang kerana pentingkan diri sendiri kan, he he he.

Kerana kasih sayang yang besar dan kekecewaan yang sarat, saya selalu berdoa agar dia akan rasai apa yang saya rasai, biar dia hidup sorang sampai ke akhirnya, kalau boleh sampai dia mati. Biar dia rasa, biar dia tahu bagaimana saya rasainya hingga saya terlontar ke Pekan. Bila di Pekan saya sumpah dia tiap hari kerana, kerananyalah saya kena kena basuh baju sendiri, kena masak sendiri dan kena jemur kain sendiri, lipat kain dan sebagainya...
Tetapi kalau difikirkan dengan waras tak besar mana kesalahan dia.... Dia hanya tidak sayangi saya, tarikh luput kasih sayangnya dah tiba. He he he. Itu saja...atau itu satu `wea kap kol' dalam hidup saya?
Malah kita sepatutnya doakan kebahagiannya sebab dia juga pernah membahgiakan hidup kita (walau sekejap dan palsu belaka...)
Kita tak boleh melawan takdir...waaa….op8@\\/;jgcbsshzzzzzzz
Jan: Pulak dah!

No comments:

.