"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, November 16, 2009

Adik: Fasal I, Volume III.

Rumah cantik beratap rembia,
Terletak cantik di sungai pahang;
Tiba2 tersenyum kerana gembira,
Kisah lama, jadi kenangang.
Orangnya taklah sehandsome mana... tetapi saya tak nafikan, dia ada daya penarik, ada aura. Dia ada `kuasa' untuk `menerangi' sebuah bilik yang `gelap' atau `lorong' yang sunyi...
Bila berbicara dengannya kita akan rasa sudah tidak wujud orang lain di sekeliling kita. Bila berjalan dengannya tiba-tiba je sampai tempat dituju... tak terasa masa berlalu... Bila bercakap dengannya dia akan berkisarkan tentang diri kita dan dia sahaja, tak ada mengenai perkara lain yang mencelah... Dia akan membuatkan kita rasa istimewa. Sebab itulah saya rasa ramai yang jatuh cinta dengannya (selain sebab mungkin mereka rabun...)

KEBIMBANGAN KE TAMAN NEGARA

Apabila saya diarahkan oleh Encik Azman (kini Datuk) menjadi pensyarah pengiring ke Taman Negara, saya sebenarnya mahu mengelak tetapi tak daya. Saya bimbang saya akan terjun ke dalam sungai apabila berada di sana sebab masa tu saya hanya mahu mati saja.... Pada masa tersebut sarat saya bawa beban hidup dari Besut...[tapi sempat lagi tanya Adik... Sapa yang cantik tu Adik? he he he. Dan Adik jawab...Etaa (sekarang dah mama)].

Dan saya juga bimbang saya mungkin akan jadi kera sumbang di hutan belantara yang berusia ribuan tahun itu... Sedangkan semasa menjadi guru di Pusat Pendidikan Yayasan Islam Terengganu cawangan Besut, saya amat popular. Menjadi guru cemerlang dan popular... Namun tak sangka pulak glamour bila sampai sana, saya dilayan dengan baik oleh para pelajar.
Dan saya juga bimbang, pada masa tu saya kuat merokok. Nanti kat mana saya nak merokok kalau pelajar ada kiri kanan?

DIA PANDAI MEMUJUK

Ya, memang saya bawak hati ke Pekan. Bukan sahaja hati tapi segala-galanya, paru-paru, buah pinggang dan pangkeries juga... Saya nak bina hidup baru... Tapi posting kali ini pasal Adik, bukan pasal kedukaan saya pada tahap pertama di KSP Pekan tersebut.

Adiklah yang 8 kali datang memujuk saya supaya menemani para pelajar ke lawatan tersebut. Katanya lawatan tersebut memerlukan pensyarah pengiring yang kononnya boleh diharap. Pagi petang dia datang bermanis muka di meja saya (kepakaran dia). Dan kadang-kadang dia cari saya sampai kat library nak pujuk gi Taman Negara.

Macam macam dia cakap, macam-macam mimik muka dia buat. Bermacam nada dan irama suaranya untuk memujuk saya pada masa tersebut. Maklumlah rombongan itu mesti ada pensyarah pengiring. Namun satu ayat yang membuatkan saya cair...:

`` En Sukiman jangan bimbang saya ada '' Itulah kata-kata manisnya apabila saya sering beritahu nanti saya tak ada kawan dan pelajar hanya akan berkawan dengan sesama mereka je nanti. Dan itulah kata-kata yang selalu telinga saya terpaksa dengar pagi petang sepanjang minggu tersebut. Memang dalam bab-bab memujuk dia teror, kalau tak percaya tanya Anis.
Dia suka buat-buat muka dan lakonan yang agak over bila memujuk dan mahu pengaruhi kita. Dan itulah yang membuatkan saya suka bersulam menyampah. Namun apabila disukat-ditimbang tara....saya terhibur. Itulah keistimeweaan adik. Sukar kita nak menolaknya.
DIA POPULAR

Dia selalu bangkang pendapat saya dan dia selalu kata saya tak serupa dengan orang lain...entahlah. Namun adakah dia juga tak sedar dia juga tidak serupa orang lain...? Dan tak pernah saya jumpa. Contohnya dia lebih popular di kolej shahputra, meraih populariti lebih daripada pensyarah dan para pelajar. Siapa tak kena adik?. Sedangkan pada masa tersebut saya baru nak mula mencari tapak, mendaki populariti.
Dan dia memang glamour di antara kawan-kawannya. Mungkin dia selalu cuba membawa keriangan dalam setiap hati orang yang dia jumpa. Tapi saya nafikan yang saya menumpang glomour dia, sebagai pensyarah pengiring saya sudah mempunyai asas keglamouran saya sendiri.
Tetapi ya...saya tak nafikan dia orang pertama membuatkan hati saya gembira apabila saya hijrah ke Pekan. Saya harap tak terlewat untuk mengucapkan terima kasih kepadanya.
SUARA DIA TERUK...

Saya masih ingat lagi masa tu dia nyanyikan lagu indon kumpulan Sheila ong Seven atas perahu. Lagu Sopheia...walaupun suaranya taklah sedap mana (sehingga saya tak tahu nak terjun sungai kerana patah hati atau kerana suaranya, he he he) namun saya terhibur. Saya tak ada pilihan kan?.

Gelihati melihat gelagat orang muda, terhibur juga saya melihat gelagatntya yang menyanyi dalam sampan. Macam dia tidak mempunya masalah langsung atas muka bumi ini. Sedangkan saya 8 kali rasa nak terjun je ke dalam sungai tersebut pada masa tersebut.

RAHSIA SAYA...

Entahlah...bila bersama dia saya rasa... saya rasa lebih terbuka....saya rasa dia budak baik. Ya saya ada ceritakan sedikit iaitu 1/8 daripada rahsia kisah hidup. Saya ceritakan secara versi mudah kenapa saya terlontar ke Pekan, he he he. Saya tidak tahu itu satu tindakan yang betul atau tidak. Yang pasti pada masa tersebut saya memerlukan seseorang untuk bercerita... Dan pada masa tersebut saya tak ada pilihan. Saya hanya ada Adik.

Saya tidak tahu bagaimana hendak menulis mengenai dirinya. Bagaimana nak mula dan di mana akhirnya. Saya ada menulis mengenainya sebelum ini tetapi berat untuk saya postkan di dalam blog ini...


Jan: ...ada beberapa perkara itu eloklah disimpan sahaja...

3 comments:

bee2312 said...

hahaha....saper yang tak kenal adik kat kolej shahputra... lelaki perasan tu...

Mc Zue said...

sETUJU..HE3

anis said...

ha..ha..ha... sayang jugak sukiman kt adik ya..tq....

.