"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, October 13, 2009

Tak faham weh...

Keluarga saya terdiri/terduduk daripada 6 orang. Bilangan lelaki dan perempuan sama banyak. Saya, ayah saya dan adik lelaki saya adalah lelaki. Emak saya, kakak saya dan adik perempuan saya adalah perempuan.
Walaupun saya lebih rapat dengan mak saya, saya lebih memahami perangai ayah saya. Saya banyak tidak memahami perangai mak saya, terutama apabila berhubungan dengan ayah saya, agama dan pandangannya tentang kehidupan.
Kakak saya apatah lagi... Kakak saya paling saya tidak fahami mengenai pemikiran dan kehidupannya, berbeza sangat dengan saya. Kadang-kadang saya merasakan kehidupan kakak saya pelik di mata saya. Mungkin citarasa kami jauh berbeza. Saya agak rapat dengan adik perempuan. Kami pernah pergi ke saloon bersama kerintingkan rambut dan berbelanja sakan di bandar Jerteh (sehingga bila balik dengan teksi ke rumah terpaksa mintak duit dengan mak untuk bayar tambang teksi tadi, he he he). Namun saya juga kurang memahaminya dalam beberapa pegangan dan cara hidupnya...he he he.
Saya ramai kawan perempuan. Dari darjah satu hingga ke peringkat master saya ramai kawan perempuan (bila di alam pekerjaan barulah saya ramai kawan lelaki). Malah dalam hidup saya, sahabat baik saya ramai perempuan. Sepatutnya bila dah didedahkan dengan ramai perempuan saya fahamlah perangai perempuan. Sekali lagi saya mengakui saya tidak memahami mereka.
Namun saya selesa berada dengan mereka sebab mereka cantik, wangi dan lembut. Saya suka bau wangi (tetapi saya bukan suka pakai minyak wangi pun). Sebab itulah saya tak hirau sangat minyak wangi lelaki ke perempuan. Saya membelinya jika baunya wangi.
Sebenarnya saya tidak fahami banyak perkara mengenai perempuan. Megapa mereka jadi begitu. Atau memang tuhan buat begitu? Saya tidak faham banyak perkara sehingga saya tak tahu apa yang hendak ditulis mengenai ketidak fahaman tersebut. Namun saya perhatikan gelagat, pemikiran dan gaya mereka dalam melalui kehidupan.
Saya selalu bergaul dengan mereka. Banyak sangat ilmu pengetahuan yang kita dapat terutamanya cerita-cerita sensitif yang saya suka sangat dengar. Kadang-kadang macam tak percaya. Saya juga ada menambah apa yang patut dan terfikir...he he he.
Namun saya paling tak selesa apabila mereka mula start cerita mengenai kebaikan suami mereka. Ada yang cerita suaminya baik hati kerana selalu ambil kain di ampaian untuk dilipat, disusun. Dan sorang lagi akan menambah yang suaminya pun baik juga (nak jugak) iaitu bangun pukul 2 pagi untuk lipat kain anak-anak dan kainnya!. ''Eh pertandingan bercerita `lakiku terbaik ke'? Apa hadiahnya? Saya bermonolog tersenyum sendiri terasa lucu di dalam hati. Bila saya tersenyum terus mereka berkata `Laaa, mang dengar la akak nak cerita ni ...oooi?. Saya pun macam biasa terus buat-buat tertarik untuk mendengar cerita mengenai suami mereka yang baik hati tu he he he...tapi masih meragui dalam hati ada ke laki macam tu? Ada kot.
Berbeza dengan kawan-kawan lelaki saya sepatah haram pun mereka tidak pernah cerita mengenai isteri mereka. Apalagi memuji kebaikan dan kelebihan isteri mereka depan kawan-kawan... kalau mereka cerita mungkin saya sepak kot! tetapi mereka mencerita kecantikan perempuan lain!
Paling saya rasa nak berguling atas tanah atau sembunyi bawah meja ialah apabila mereka start cerita kehebatan, kepandaian dan kebaikan tingkah laku anak masing-masing. Tetapi saya dengar je dengan perasaan yang bagai berak tak lawas. Ada ke budak yang baik? Anak-anak saudara saya yang kecil semuanya ya allah...ke anak-anak saudara saya sahaja yang terlebih gula?.
Tetapi kebanyakan situasi saya diam sahaja sebab saya kena faham betul-betul. Kadang-kadang apa yang mereka katakan tak bermaksud apa yang mereka nak ceritakan. Yang mereka ceritakan bukan semuanya mereka nak menunjuk. Payah sikit kan nak hurai. Kaum lelaki kalau bercakap terus terang atas muka. Tetapi perempuan mem`buai'kannya terdahulu. He he he.
Jan: Perlu ke kena faham?

No comments:

.