"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, October 8, 2009

Lepas raya duit tak cukup?

Apabila kawan-kawan di sekeliling mula bercerita mengenai ketidakcukupan duit selepas meraikan hari raya, saya senyap sahaja (walaupun saya juga agak tidak cukup). Saya senyap tak menyampuk, saya senyap kerana beberapa sebab:
PERTAMA. '' Tok soh nawok (menipu) la, Mung tak pa la skeamea (sukiman) tok kawin, tok banyok belanja, boleh simpan duit lagi ''. Itulah sebab pertama berdiam diri. Jika saya buahkan sedikit pemikiran. Mati hidup baliklah dialog di atas akan muncul. Baik membatu.
Memang orang tidak berkahwin tidak berbelanja untuk anak bini pada hari raya. Tidak perlu membeli pakaian anak, membeli mercun atau merancang itu ini berkaitan keluarga sendiri. Tetapi mereka tetap ada komitmeng lain. Malah mungkin berbelanja lebih daripada yang berkeluarga. Contohnya kawan saya yang bujang beritahu dia habis RM3K lebih untuk agihkan sebagai duit raya sahaja. Itu tak termasuk beli benda-benda lain persiapan raya untuk keluarga. Kita boleh simpulkan ianya atas individu.
Orang kahwin pun boleh ada duit selepas raya jika mereka merancang dengan baik. Boleh sisipkan duit perbelanjaan untuk lepas raya. Perbelanjaan dibahagikan dengan bijaksana di antara pasangan. Contoh siapa yang kena sediakan makanan untuk hari raya, persiapan lain raya yang hanya benar-benar perlu. Dan siapa pula yang kena beri duit raya bila kanak-kanak bertandang raya ke rumah. Mereka suami isteri boleh tampung sana sini bila hari raya tiba.

Yang bujang, andertu wahima antetua situasai sebelum raya ialah bayar rumah, kereta, api-air hatta ubat gigi semuanya atas batu jemala sendiri. Dan bertambah juga perbelanjaan bila nak raya. Mentang-mentang kita bujang tak kan nak biarkan mak dan ayah sponser belaka. Kita tolong selesaikan mana yang mampu, hulur mana yang patut. Sebab itulah awal-awal saya himpun sikit-sikit buat tampung sana sini lepas raya.


Saya bukan merungut, jauh juga nak menunjuk tetapi memang tidak setuju penyataan yang orang berkahwin sahaja bila lepas raya tak cukup duit.



KEDUA: Saya senyap sebab ala terkedu. Manalah nak cukup jika laki bini dua kali lima je asyik berbelanja. Bulan ramadhan selalu makan di luar, kalau beli lauk pun saya perasan macam 10 orang nak makan. Tempah baju kurung 3 pasang dengan harga yang mahal. Langsir untuk raya sahaja RM3K!. Semasa dia beritahu dia buat langsir RM3K saya buat-buat impres sebab orang kampung saya pun ada yang buat langsir RM5K!. Saya tak hairan perkara begitu. Yang saya hairan dia selalu tukar langsir, he he he.
KETIGA: Sebab ketiga (yang kadang-kadang jugak jadi sebab pertama ) ialah saya bimbang mereka akan nak pinjam duit saya yang juga tak berapa banyak ini. Bila kita tak beri dia label kita kedekut. Sebabnya saya juga ada komitmen sendiri yang tak payah saya nyatakan satu persatu di dalam blog ni. Kalau terberitahu tu, maaflah, he he he.

Pada pandangan saya yang cetek ni, kita tak perlu jadi bujang untuk ada banyak duit. Malah ada yang kata bila bekerluarga rezeki akan berganda? Tok gitu?


Kita cukup duit atau tak cukup duit lepas raya adalah kerana sikap kita, bukan kerana status kita. Kawan saya ada pernah beritahu dia sekarang lebih ada banyak duit daripada masa dia bujang sebab katanya masa bujang dia tak berjimat jermat. Bila berkeluarga barulah dia urus duit dia dengan baik....ha kan? Huh!.

Nak ke kita pinjamkan duit ke orang yang boros dan tidak merancang? Kita sebulan sekali pun tak baham pizza hurt, dia 4 kali sebulan baham misalnya. Nak ke kita beri pinjam kepadanya? Kita tak pernah facial muka tapi dia paling kurang 2 kali sebulan!. Kita boleh jadi pemurah, tetapi nak beri pinjam pun kena la tengok orangnya dulu, layak diberi pinjam ke tak (kira macam bank jugak). Kita kena lihat corak dan gaya perbelanjaan dia sebelum ini.

Jan: Baru je bayar hutang kawan RM3K pada raya ke tiga, huh lega...!

No comments:

.