Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, October 29, 2009

Basah kuyup...

Sekarang petang-petang hujan lebat di daerah Muadzam. Tengahari panas memancar tidak sangka pula petang akan hujan. Buat masa ni kalau pagi dan tengahari nampak cerah memancar jangan gatal-gatal nak sidai baju ke, kain ke. Sah akan hujan lebat lewat petangnya. Itulah pemerhatian saya sejak dua menjak ni.
Kalau hujan lebat memang saya tunggu dulu biar reda sikit baru memandu pulang... saya buatlah kerja dalam pejabat sambil mengenang nasib diri, nasib bangsa, nasib negara dan dunia (nasib baik dan nasib sebaliknya).

Pada suatu petang nan lalu bila hujan dah nampak nak reda saya pun seperti biasa melenggang ke tempat parking kereta. Bila saya sampai saya terkejut. Ya allah kereta saya tak ada! Ke saya salah parking kat tempat lain?. Dengan bantuan beberapa orang mak cik mantaineng, barulah saya tahu, katanya:

'' En Sukiman parking dekat bangunan paling belakang sekali hari ni, bukan sisi bangunan''. Katanya memberitahu. Ada juga orang perihatin terhadap saya, terdetik di hati saya...
Memang saya selalu ajar parking merata sebab saya percaya saya kena asuh minda saya biar sentiasa segar dan aktif. Saya tak mahu parking satu tempat sahaja.

Hujan masih rintik, hari ini saya parking jauh pula dari bangunan. Saya berlari anak ke kereta sambil tangan menutup kepala dengan katelog Cavensi yang Amy berikan. Bagaimana Amy tahu sekarang memang saya tengah proses mencari perabut yang sesuai untuk konsep rumah saya nanti. Ke memang saya dah canang seluruh block pentadbiran? He he he.

Daripada jauh saya picit butang hijau. Bila sampai saya buka pintu kereta Myvi saya tu tapi tak dapat. Saya picit lagi tapi tak bernyala pun. Saya dah hampir basah ni..., saya rasa mungkin kunci sensor ni dah rosak. Saya picit beberapa kali tak bernyala, tak berbunyi. Saya cuba membuka pintu kereta beberapa kali tapi tak dapat juga.

Saya jengok dalam kereta. Ya allah, saya nampak tasbesh hijau dan CD yang digantung pada cermin kereta yang nak tengok kereta di belakang tu. Sah, ni bukan kereta aku. Bila pulak aku islamik?.

Selepas itu saya secepat kilat memandang ke kiri kanan untuk melihat adakah orang atau pelajar yang melihat gelagat Mr Bean saya tu. Nasib baik tak ada.

Saya terus berlari anak melalui beberapa buah kereta dan kali ini saya picit sensor kereta beberapa kali, menyala dan berbunyi. Saya buka kereta dan lihat ada himpunan CD Madonna dan Kak Pah. Hah sah kereta saya.

Inilah terjadi kalau saya sering lupa nombor kereta saya sendiri, payah nak hafal CCJ 8824. Saya rasa saya dah pilih nombor yang paling senang nak hafal. Kadang-kadang saya hafal dan ingat tetapi selalunya saya lupa...

Petang tu habis basah kusyen kereta, saya memandu pulang dalam keadaan basah kuyup. dah lama tak mandi hujan...


Jan: Tak semestinya orang bawak kereta tak basah waktu hujan kan, he he he.

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home