Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, October 8, 2009

Sebab sebenar ke UM: Prof Dr Wan Zawawi Ibrahim...

Gambar tak jelas, handphong saya murah je...he
Sebab sebenar saya ke Universiti Malaya bukan sahaja mahu gatal-gatal mengimbau zaman pengkampusan sebagai pelajar atau melihat balik kesan tapak kaki `di jalanan' yang pernah saya jejaki...tetapi juga untuk menghadiri syarahan perdana salah seorang pensyarah yang saya kagumi. Beliau pernah mengajar saya dalam subjek pembangunan ekonomi.
Beliau jugalah yang kompose lagu hit ` Doa buat kekasih ' yang Ramli dan Kathy alunkan. (yang bila balik hari raya tu saya berduet dengan anak saudara saya, he he he). Masa lagu tu hit saya baru dalam tingkatan 4 atau 5 kot. Masa tu pertama kali saya bercinta/perasan (konon), so lagu ni jadi antara lagu kami, he he he. Jangan marah...
INAUGURAL LECTURE BY PROFESSOR DR. WAN ZAWAWI IBRAHIM :

6 OCTOBER 2009 02 Sep 2009

Title: “The Anthropology of the Malay Peasantry: Reflecting on Colonial and Indigenous.
Itulah tajuk syarahan perdananya. Walaupun ada juga dua tiga kali saya terlelap, saya tetap menghayati syarahan perdana tersebut. Bayangkan selama lebih sejam beliau berucap, semua orang menghayati, tidak bercakap sepatah, tiada yang terlelap! (kecuali saya, he he he).
Pak Engku (Prof diRaja Engku Aziz) masih mencuri perhatian ramai...

Antara yang hadir Prof diRaja Engku Aziz dan ahli akademik lain. Dia nampak sihat dan bergaya. Cuma saya lihat ada sesuatu alat kecil kat telinganya... mungkinkah alat membantu pendengaran?. Semoga Pak Engku sihat selalu.
Saya juga ada nampak pengarah tersohor U-Wei Haji Shaari, ada juga Othman Putih dan juga beberapa kenalan Dr Wan Zawawi dalam bidang kreatif lain. Payah nak cari lecturer yang dalam masa yang sama terlibat dengan dunia kreatif kan, yang terlibat dalam jualan langsung banyak...

Jan: Terpegun melihat mereka yg berkarismatik ...

1 comment:

Unknown said...

Terima kasih saudara di atas bLOG ini kerana catatan saudara di blog ini amat bersejarah, kerana inilah kali pertama saya bergambar dengan Almarhum Pak Ubgku yang amat saya hormati. Ini juga kali yang terakhir saya bergambar bersama beliau sebab Allah lebih menyayanginya. Apa boleh saya minta saudara hantarkan gambar2 yang diambil oleh saudara di upacara ini kepada saya - di fb message (wan zawawi ibrahim) atau di email wzi1947@gmail.com. Terima kasih'
salam hangat
wz

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home