"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, October 16, 2009

Salah sebutannya!

Memang dua tiga kali juga saya cuba menyebutnya, belajar menyebutnya. Lidah saya keras dan gagal menyebutnya dengan sempurna. Setelah berputus asa saya hentam je sebut guna nahu bahasa Melayu. Sedangkan barangan tersebut, barangan luar negeri...


Sebenarnya, saya mahu belajar menyebutnya supaya senanglah nanti menjawabnya apabila ada orang yang bertanya. Tapi sampai kini saya masih gagal menyebutnya dengan betul. Sebutannya tak semudah menyebut `Dunhill', `Hugo Boss' atau `Bulgary' yang pernah saya beli/orang hadiahkan...


Kali ini ia merupakan minyak wangi yang paling mahal saya pernah beli. Botolnya kecik tak sampai pun 100ml tapi harganya dah RM353. Saya beli botol kecil je, tak mampu beli botol besar, lagipun saya juga tahu lama-lama ianya akan sebek situ je...he he he.

Bagaimana saya tertarik untuk membelinya? Ini ceritanya...

Saya tercium baunya di Lapangan Terbang Kuching Sarawak Ogos tahun lalu. Masa tu dok tunggu kapal terbang balik ke Semenanjung. Jalan punya jalan sampai kat kedai minyak wangi (masih segar diingatan penjualnya berkulit putih dan memakai skit pendek). Saja hanya nak try-try bau wangi-wangi...bukan nak beli pun. Duit cukup-cukup buat bayar tambang ke semenanjung.

Tetapi tiba-tiba, jeng-jeng-jeng... Mentari cinta cahayanya sinar jua, cahaya tiba gemilanglah suasana, jeng-jeng-jeng. Bila saya terbaunya rasa syahdu, rasa nak rebah. Rasa dilahirkan semula...Wangi sangat, rasa mewah, rasa muda, rasakurus dan rasa bergaya!. Semua elemen rasa-rasa tersebut tidak ada pada diri saya kan... he he he.


Saya bertanya berapakah harga botol paling kecil. Setelah jurujul yang seksi tu memaklumkan harganya... saya perlahan-lahan beransur hilangan diri daripada kedai tu... Tetapi di dalam hati kecil tersemat dalam diri pada suatu hari nanti saya akan mendapatkannya juga. Akan membelinya juga!.


Masa berlalu, bulan berganti, minggu berlalu, hari berganti...


Maka apabila berpeluang KL setelah menghadiri syarahan perdana di UM, saya ke KLCC, ikut kawan-kawan shoping. Saya mencari ada ke minyak wangi yang saya hidu pada Ogos tahun lepas tu di Kuching tu. Saya beritahu kawan saya, setahun lalu dah saya mengidam nak beli, nama dia `jin pau gutel tu ' , wangi sangat. Saya beritahu baru sekarang saya ada sedikit duit. Tetapi saya tak reti nak sebut dengan betul, saya menyusahkan kawan saya dan jurujual-jurujual di situ. Puas juga kami berlegar di setiap penjuru kedai mencarinya.
Tetapi akhirnya saya berjaya jua temui kaunternya!


Kawan saya kata: `Jimatnya mung Mang, kalu tengok cara mung tu dah ada 3 buah rumah dah!. He he he'. Saya tahu kawan saya tu banyak duit, kalau dia nak terus sambar. Saya kena kumpul duit dulu pas tu berperang dengan diri, patut ke aku beli? layak ke aku pakai...


Jan: Teringat kata Adibah: `Biarlah tak tahu menyebutnya en sukiman, asal mampu beli. he he he'. `Kalau lancar je sebut tapi tak mampu beli tak jadi jugak kan?'. Jawap saya pula, he he he. Semoga dib sihat selalu, seronok borak dengannya.

No comments:

.