"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, October 28, 2009

Tuhan tak tunai...II

KETIKA kita baru mengalami patah hati, kita berdoa jauh di sudut hati yang dia tak akan bahagia dengan pasangan barunya. Kita berdoa sungguh-sungguh dia akan mendapat balasan atas apa yang dia perlakukan terhadap kita. Apa salah kita? Biar dia ditinggalkan sebek oleh kekasih barunya, baru padam muka. Tak sedikit lebih, tak sedikit kurang dia akan rasai apa yang kita rasa... Biar dia rasa terbakar seperti hangusnya hati kita yang rentung. Tup-tup kita dengar dia bertunang!


Kita berdoa pulak agar dia putus tunang, agar dia tetap akan merasai bagaimana mendungnya hidup ini apabila ditinggalkan kekasih. Bagaimana rasanya bila hidup tiada arah tujuan...Biar dia rasai apa yang kita rasai. Bila putus tunang lagi parah, biar dia insaf diri. Itulah pembalasan yang setimpal (kononnya) atas perbuatan puakanya itu...Tup-tup kita terima sekeping kad undangan, dia menikah!


Kita terus berdoa lagi agar perkahwinannya tak kekal lama, ada la tuhan balas nanti (kita libatkan tuhan...). Dia tak akan bahagia sebab dia membina kebahagian tersebut atas air mata kita. Mana ada kebahagian yang tumbuh kekal segar bugar bila ianya dibina atas kehancuran hidup orang lain? Mana ada! Kita nampaknya yakin benar memang tak akan ada. Kita pasang lagu kumpulan Lestari iaitu `Mahligaimu dari airmataku', kita pasang, kita layan, kita ulang. Kita pasang, kita ulang, kita layan.

Tuhan maha adil tak kan kita je yang merana, tak kan kita yang selalu terkena dan terduduk... Kita yang kurus kering ni terpaksa berhijrah ke negeri lain, daerah lain (daerah Pekan misalnya?) untuk mulakan hidup baru. Nak lupakan segalanya... nak bunuh kenangan.

Payah benar kita nak bangkit, bangun dan pandang dunia yang luas...tapi kita gagahkan juga kerana hidup perlu diteruskan... Dia sedap-sedap bersetubuh siang malam. Mana keadilan? Kita teruskan doa kita agar dia rasai apa yang kita rasai ini. Tup-tup kita dengar dia dah ada anak dan sedang mengandung lagi anak ke dua!

Ala ada banyak anak bukannya tanda kebahagian. Kalau bersetubuh tak pakai kondom tentulah beranak. Itulah fikiran singkat yang hanya kita mampu ada sebagai makanisme membela diri. Kita teruskan hidup sambil menunggu doa-doa kita dikabulkan...sambil tu kita selang-selikan doa-doa kita tu dengan sumpah seranah. Huh!

Ada orang nak kat kita sampai menangis-nangis pun kita tak layan, sebab kita asyik memandang satu pintu, kita tak nampak dah ada pintu lain yang terbuka...

Tup-tup kita dengar dia laki bini baru balik daripada mengerjakan umrah, pada masa itu kita juga baru balik dari Bali mengerjakan santai (pergi melancong...)

Maka kita terus berdoa lagi...he he he.


Jan: ...yang sudah tu sudahlah...jangan habiskan masa dengan meracun hidup.

1 comment:

KOYAN said...

itu makna nye allah dengar tapi tak tunai..kalau allah tunai..naya perempuan tuh.... he he he

.