"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, October 8, 2009

UM: Pilihan yang saya buat.

Tangga `batu cave' yang selalu saya daki tiap hari suatu waktu dahulu.

Kalau terjatuh? Bayangkan...he he he

Keinginan mendalam saya adalah dalam bidang kesusasteraan, kalau berpeluang saya mahu belajar sastera. Sebabnya saya mencintai kehalusan, kecantikan, keindahan, dan kelembutan. Namun result STPM tidak mengizinkan saya daftar masuk Fakulti Sastera dan Sains Sosial di UM. Saya juga sebenarnya tidak mengambil matapelajaran sastera sebab di awal persekolahan saya cenderung untuk menjadi doktor, rupanya saya yg perlu dirawati...heheh.
Kata mak saudara saya (yang juga lulusan UM) unit terkumpul saya rendah kalau mintak juga Fakulti Kesusasteraan dan Sains Sosial (FKSS) grenti tak dapat. Tapi katanya kalau mintak Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran (FEA) di UM grenti dapat sebab katanya result saya agak baik dalam subjek ekonomi.

Semasa saya belajar di UM, bangunan ini masih tidak dibina.
Batu mozek ni pun tak ada dulu...

Perkara kedua terpenting adalah duit. Dan pada masa tersebut saya melihat ekonomi ada kaitannya dengan duit. Pilihan kedua saya ialah ambil jurusan ekonomi (walaupun saya tak berapa minat sangat sebenarnya). Dan tentulah saya pilih UM sebab cikgu saya kata masa dia belajar di UM, tiap minggu boleh tengok wayang. Terengganu mana ada panggung wayang kan? Terima kasih Cikgu Zaiton.

Maka pilihan pertama saya dalam borang UPU ialah belajar ekonomi di UM, pilihan kedua belajar ekonomi di UKM, pilihan ketiga belajar ekonomi di UUM. Begitulah pilihan saya buat kepada 5 universiti Awan tersebut, (dulu ada 5 je).

Melihat kembali perjalanan yang kita pilih, pernah tak kita tertanya bagaimana diri kita sekarang jika kita memilih/mengambil pilihan lain?

Saya selalu macam tu. Maksud saya selalu tertanya-tanya jika saya memilih pilihan lain. Kalau ambik jurusan sastera misalnya. Tentu novel `Puaka ' saya sudah siap diterbitkan. Tentu Adnan tak asyik menanyakan lagi bila novel tu akan siap. Malah tentu novel tu bersiri dan Sue tentu simpan koleksinya bersama koleksi buku-buku yang lain....dan banyak `tentu-tentu' lagi yang sebenarnya belum tentu, he he he.
Pilihan menjadi terlalu banyak apabila kita meningkat dewasa. Pilihan yang saya maksudkan adalah pilihan yang besar-besar, bukan setakat pilihan nak pakai baju kerja mana esok. Atau nak beli DVD citer apa?.

Kita memilih terkadang kerana pengaruh cikgu, pengaruh keluarga atau tidak mustahil kerana pengaruh penyanyi pop yang kita puja. Namun yang bertanggungjawap dan tukang pilih ialah kita sendiri, kepercayaan dan keyakinan kita. Yang mendapat akibat daripada pilihan kita tersebut tentulah kita juga khususnya.

Apabila siri menjejaki kaki ke UM bermula, saya tidak menyesal. Malah saya semakin yakin pilihan saya buat hampir 20 tahun lalu adalah tepat. Malah rasa bangga sebab pernah menjadi sebahagian daripada UM. Kalau saya tak ambil jurusan ekonomi di UM hampir 20 tahun dulu, tentu sekatrang saya tidak mengajar ekonomi di UNITEN. Tentu perjalanan hidup saya berlainan dan belum tentu ia juga menarik.
Teringat kata-kata kawan saya yang tuhan sebenarnya akan beri apa yang kita mampu/layak bukan apa yang kita nak saja...

Jan: Pernah tak terfikir kalau mak dan ayah kita tidak bertemu, tidak membuat pilihan dan tidak berkahwin, kita ada di mana?

No comments:

.