"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, October 1, 2009

Oh Oprah...

Kata Oprah, sekurang-kurangnya kita mesti ada simpanan gaji sebanyak 8 bulan untuk digunakan pada waktu kecemasan. Katanya lagi sebuah syarikat yang besar juga ada kemungkinan besar mengalami masalah kewangan kerana ekonomi dunia hari ini tidak seperti dulu. Katanya lagi dan lagi duit tersebut cukup untuk membantu kita selama beberapa bulan sebelum kita mendapat kerja baru atau majikan kita `pulih' daripada `sakit'nya. Banyak lagilah pembebelannya yang saya anggap logik dan ada kebenarannya.
Bagi saya, saya terus ber`Alamak' kerana buat masa ini ianya suatu yang agak mustahil. Saya tak ada simpanan gaji sebanyak 8 bulan. Buat masa ini simpanan saya masih ciput bin sikit. Kalau beritahu pun ramai yang tak percaya ataupun pengsan. He he he. Atau panggil saya penipu atau sebab kononnya ke mana laaaa duit tu pergi sebab tak ada anak bini, dan perempuan simpanan!
Kepada kebanyakan orang mereka bukan sahaja tidak menyimpan, malah perbelanjaan bulanan melebihi pendapatan bulanan (termasuk saya, he he he). Dan mungkin ada yang menyatakan bahawa gaji mereka kecil, bagaimana nak simpan? Nak beli KFC pun tak dapat? Nak menyimpan apa ke banda? Begitulah cara-cara kita membela diri kita. Dan lagi kita akan cakap ''Ala... tak kan sampai 3 bulan majikan tak bayar gaji? Baik aku berenti kerja je!''. (dan kita seolah tak tahu apa yang akan sebenarnya akan terjadi apabila kita berhenti kerja sebab proses mendapatkan/mencari kerja baru bukanlah senang pada zaman ekonomi tak galak ni).


Tetapi macam mana ya jika kita tidak dapat gaji selama 3 bulan?:


1. Macam mana nak bayar perbelanjaan tetap kita seperti kereta, rumah, primium insurans, hutang bank kita (bank rakyat, rakyat tu kita la, he heh e) tuisyen anak (bagi sapa yang ada anak, he he he)?. Siapa nak bayarkan?


Nanti kereta kena tarik, rumah tak berbayar, primium insurans kita jual, gelang anak bini kita gadaikan, dan mampukah kita yang sibuk ini mengajar sendiri anak-anak kita (yang kadang-kadang lebih bijak daripada kita mahu pun dalam matapelajaran bahasa Malaysia? he he he).


2. Belanja berubah kita yang semakin galak meningkat seperti barangan dapur, bil talipon, bil api-air, makan di luar, minyak kereta, beli surat khabar, pakaian dan baju. Dan jangan lupa benda-benda tak berfaedah tu, yang kita beli. He he he. Siapa nak keluarkan belanja?.


Nok cari duit mana kan, nok korek mana? Sebab tulah untung benar bin besar kepada si polan yang suka menabung. Mereka boleh terus menguruskan kehidupan dengan baik waktu gawat. Eh jangan kata mustahil kita tak dapat gaji sampai 3 bulan! Syarikat besar pun ada berhentikan pekerjanya bila waktu gawat. Tak kan kita tak nak ambil pengajaran gawat 97 dulu.


3. Dan jangan lupa kekasih lama kita yang kekadang menyakitkan tu (kad Kredit) he he he?


Alah tak payahlah bayar bukannya masuk jel! Paling teruk pun naik mahkamah je. Kita pandai pulak membela diri, pada hal ustad dah beritahu banyak kali yang kalau orang mati syahid pun ditarik balik kesyahihan tu jika orang tu tak bayar hutang!.


4. Kutu-kutu kita? Rokok? Astro yang tayang cerita sama 18 kali tu? tiba-tiba kereta rosak atau kita sekeluarga deman kura?


Malaslah nak jawab, nanti menitis air mata. Kenang dahku dalam doamu...Waaa...Ya allah mana nak korek ya?. Tak kan nak pinjam keluarga? Kat kawan-kawan?.


Bolehkah kita ada simpanan selama 3 bulan? Tetapi kalau tak ada kita akan susah nanti. Pening kepala dibuatnya nanti. 3 bulan pun kita tak mampu, apalagi nak ada wang tunai selama 8 bulan gaji. Oh Oprah!


Jan: Tidak terlambat rasanya merancang kewangan, cuma sapa yang bersedia lebih awal kuranglah risiko mereka kan...



No comments:

.