"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Sunday, October 11, 2009

Hidung Datuk Sharifah Aini







Ha, gitu-gitu je hidungnya dulu, macam hidung kita je... (he he he)



Kak Pah dapat bertahan dalam industri muzik bukan kerana hidungnya, jauh sekali kerana `gunung-ganang'nya. Terkenal bukan kerana kahwin datuk dan sebagainya tetapi kerana suaranya dan juga usaha gigih mahu mencuba dan belajar.
Isu hidungnya selalu timbul tenggelam, so saya cari gambar-gambar lama beliau di cover album (seperti gambar di atas) untuk melihat bentuk hidungnya pada awal pembabitan dalam bidang seni suara.







Beliau memberikan sumbangan pada industri muzik negara, kegigihannya sangat luarbiasa. Penyanyi datang dan pergi, komposer datang dan pergi...dan beliau terus menghasilkan album, beliau juga menulis lirik (lebih 300 buah). Yang terbaru tajuknya `Malam Gelisah', daripada CD Syahdu.





















Saya juga rasa kagum sebab dia pernah menyanyi di eropah. Di Jerman dan juga di Mesir. Begitu juga diundang oleh di beberapa negara serantau di Asia seperti Jepun, Korea, Hong Kong, China, Singapura, Brunei dan Indonesia. Contohnya Kak Pah jadi penyanyi Asia pertama yang telah diundang membuat konsert 'Legendary Voices in One Unforgettable Night' di dewan eksklusif Victoria Concert Hall pada 8 Februari 2000. Ada diiringi oleh 70 pemuzik Orkestra Simfoni Singapura (SSO). Sapa penyanyi kita yang boleh nyanyi dengan Orkestra seramai itu. Presiden Singapura pun hadir melihat konset tersebut, juga ramai orang kenamaan pelbagai bangsa yang hadir.

Kak Pah juga pandai berlakon, tetapi hanya menerusi tiga buah filem, 'Hapuslah Airmatamu', 'Sumber Ilhamku' dan 'Bintang Pujaan'. Secara jujur katanya dia lebih meminati bidang nyanyian dan mungkin tawaran filem yang diterima hanya sebagai percubaan meneroka dunia seni lakonan atau kehendak semasa memandangkan namanya yang begitu besar ketika itu.






Tiada anugerah besar yang diterimanya menerusi filem-filem tersebut walaupun Festival Filem Malaysia telahpun wujud ketika itu. Bagaimanapun agak memeranjatkan apabila beliau telah dianugerah sebagai Pelakon Harapan Terbaik menerusi filem sulungnya 'Hapuslah Airmatamu' di Festival Filem Asia di Korea Selatan. Pelik kan?






Banyak lagi kejayaan yang dicapainya, tetapi tentulah kejayaan tersebut bukan kerana hidungnya, pipinya dan dagunya... Banyak lagi kejayaan besar yang diraihnya tapi bukanlah jenis kejayaan dapat anugerah yang dapat piala, he he he.





Jan: Ramai orang kata hidung saya besar dan kembang...

3 comments:

fadzali said...

bukan kerana hidungnya, pipinya dan dagunya. tambah satu lagi... bukan kerana tahi lalatnya.

Unknown said...

Kalau FFM dh ada sejak tahun 1975, mgkn Kak Pah kita boleh menang aktres terbaik untuk filem 'Hapuslah Airmatamu' kot...org luar iktiraf, takkan kat Malaysia kalah kot.

sukiman said...

Ya fadzali , saya terlupa bukan juga kerana tahi lalatnya...heheh.

.