"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, January 24, 2014

Wahai Jankaulu, ianya tidak semudah yang kau lafazkan....

SEKARANG mulut saya tidaklah selancang atau selongkang dulu apabila memperkatakan isu mak bapak tidak pandai menjaga anak. Dulu bukan main lagi saya salahkan makbapak bila anak `tak jadi orang'.

Pernah saya beritahu kepada kawan saya secara bersungguh-sungguh "Kalau ginilah gayanya anak kau mungkin jadi bohsia". Pada masa tersebut saya kritik cara dia jaga anak perempuan dia yang ke hulu ke hilir naik motor dengan lelaki. Hampir sebulan jugaklah dia tidak menegur saya, sehinggalah pada suatu hari selepas sembahyang dia datang memeluk saya dan meminta maaf. Dia mengaku saya sahabat yang baik walaupun nampak menjengkelkan!.

Entahlah, mungkin saya sudah semakin sedar bahawa bercakap adalah jauh lebih senang daripada bertindak... Mungkin saya semakin sedar banyak pengaruh lain yang lebih berkuasa untuk membentuk anak-anak kita. (namun begitu ibubapa tetap faktor utama).

Saya selalu membayangkan bagaimana kehidupan kawan-kawan saya yang mempunyai ramai anak atau bini. Saya mulai kesian kepada mereka. Yalah, bangun pagi berpisah dengan anak-anak dan lewat petang baru berjumpa. Berjumpa pula apabila kita sudah letih sangat... Kalau tidak digunakan masa dengan berkualiti, memang kebarangkalian anak kita tidak menjadi orang sangat cemerlang. 

Mungkin mereka sudah bersungguh-sungguh berusaha dengan cara mereka sendiri. Yang ada anak seorang lain caranya, yang ada dua orang anak lain caranya, kalau ada empat orang anak lain juga caranya. Apatahlagi ada banyak anak dari banyak bini? He he he.

Sebab itulah jangan sesekali kita berkata "Kalau anak aku tahulah aku buat macam mana" kepada ibubapa lain. Jangan sesekali. Kita cuba masuk di dalam situasi mereka dahulu. Suami isteri yang berkerja keras untuk membayar rumah, kenderaan, pinjaman peribadi, kad kredit, kutu, dan serba bil maknika (pelbagaian bil) 

Kalau saya ada anak pun, memang sah saya tidak suka orang kritik cara saya membentuk anak-anak saya. Mungkin saya dituduh mendera...sebab saya tidak akan membenarkan langsung anak saya bercakap kecuali apa yang dikeluarkan oleh mulut mereka benar-benar menguntungkan agama, bangsa dan negara.

Jan: Kagum dengan ibubapa yang bijaksana... Adakah kita ibubapa yang bijak? Haaa....

Letak balik mak kata! Degil! Ni menurun perangai ayah kau ni la! Nak kena hanger ni! Tadi dah makan dah!

1 comment:

Genre Dari Langit said...

Hahahaha... paling payah nak tabahkan hati... dgn peraturan sendiri... sekecil2 hal nampak mudah.. tapi selalu terlepas pandang... seperti ucap terima kasih.. nak suruh anak selalu ucap terima kasih.. tapi kita sendiri kadang tak amalkan.. payah.. semuanya perlu latih diri kita dulu.. dan itu la part yg paling payah hahaha...

Respek betul dgn ibu bapa yg bersungguh2 menjadi ibu bapa terbaik.. hingga hasilkan anak2 yg cemerlang..


Nong andy

.