Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, January 15, 2014

Silalah letak kereta di tempat yang betul...

Setelah saya ceritakan kepada Adnan perihal `mak datin' yang malas beratur, kami berjalan ke tempat parkir dekat dengan bangunan Maybank. Memang kami makan tengahari di situ. Saya tidak makan di dalam kawasan universiti. Saya makan di luar kerana banyak pilihan.

Setibanya di tempat parking saya lihat ada kereta yang parking betul-betul di hadapan kereta Adnan. Kami masuk ke dalam kereta dan menunggu tuan punya kereta datang. Saya mulalah membebel yang kalau nak ke bank pun parkinglah di tempat lain. Jangan menyusahkan orang kerana kita nak cepat. Urusan di bank bukannya cepat macam urusan nak beli surat khabar.

Di dalam kereta tersebut saya lihat ada seorang mak cik di tempat belakang. Saya lihat mak cik tersebut serba salah. Saya pulak mulalah buat lakonan dalam kereta dengan gaya muka nak cepat dan menunjukan jam tangan saya ke Adnan (kononnya "lihat pukul berapa ni? Kita nak cepat ni!"). Gelagat saya dilihat oleh mak cik dalam kereta tadi. Mak cik tersebut semakin gelabah. Keji saya kan? He he he.

Saya bukan apa, saya nak mak cik tu nanti akan beritahu pemandu yang orang yang mereka tahan kereta itu mungkin nak ke pejabat atau ada urusan lain. Mungkin bini saya nak beranak. Bukan kita jea nak cepat tetapi orang lain juga!.

Namun hati saya tidaklah panas sangat sebab saya lihat mak cik tu sangat rasa serba salah. Dia juga mungkin tak pandai bawak kereta. Selepas itu barulah dia menyuruh seseorang yang tercegat di situ (tepi kereta) pergi cari tuan punya kereta di dalam bank tersebut. Rupanya yang tercegat dekat kereta itu pun geng mereka jugak. Dan tak boleh bawak kereta macam mak cik tu jugak.

Saya lihat mak cik tu memberikan isyarat tangan supaya kami bersabar. Saya semakin mengada, terus kusutkan rambut dengan menggunakan jari biar nampak berserabut, dan buat muka marah dan tak sabar. Gelagat saya diperhatikan oleh Adnan yang duduk di sebelah. Mungkin Adnan rasa saya ni aneh tetapi mungkin dia dah biasa dengan perangai saya. He he he.

Dan selepas itu keluarlah pak cik yang agak tua dan tak bergaya. Saya rasa bersalah pulak (pulak dah). Pak cik tu membuat isyarat tangan meminta maaf. Saya terus maafkan dengan memberi senyuman yang manis tapi macam tak berperasaan...

Moralnya?

Jan: Moralnya tetap `sila parking di tempat yang betul'.

4 comments:

kak anum said...

i penah kena cm ni..tp yg block i tu young couple ...i bg sebijik...bkn penumbuk..kata2 nasihat je tp dlm nada yg tegas...geram weiii...hehe...

aima said...

nasib baik pakcik berbudi...sejuk la sikit hati...

sukiman said...

memang patut kena sebijik tu kak anum. memang menyusahkan sebab kita kena cepat balik ke pejabat .

ya, sejuk jugak hati saya lihat pak cik tu bergegas ke kereta. bila masuk kereta dia beberapa kali beri isyarat mintak maaf. mak cik tu pun juga minta maaf guna bahasa isyarat.

Genre Dari Langit said...

Saya ada kes mcm ni. Sy baru nk masuk keta masa satu keta ni tiba2 blocking keta saya.. saya anggap la yg derang ni.. ( suami isteri agaknya) nampak yg saya nk keluar parking. Sy hidupkan enjin tapi tiba2 yg lelaki bergegas keluar dr kereta dan entah ke mana. So.. rasanya derang tak perasan saya la tuuuu.. okey. Isterinya stay dlm kereta. Sy pun hon la. Dia nmpak tapi buat dek.. saya hon lagi. Dia dgn muka selamba angkat tangan bagi isyarat suh saya bersabar..

Saya mula panas. Sy keluar n ketuk cermin. Sy kata.. kol suami kamu. Sy nak keluar skrg. Dia buat muka x bersalah.. tak buka cermin. Terus ambil fon dan tangan bagi isyarat suruh sy bersabar lagi.. tambah la sy angin.

Rupa2nya dia ambil fon. Bukan nak kol pun action je.. bila nmpak sy masuk kereta semua.. dia buat muka selamba balik..

Sy geram.. tekan minyak berderum2 bagi dia makan asap sambil hon panjang... baru dia terhengeh2 kol laki dia... few minit juga baru laki dia smpai... dia undur dgn muka masak.. xde pun isyarat sori... cis....


Hah.. puas hati sy cerita encik pensyarah... dah boleh buat entri. Komen pjg sy ni hehe..


Nong andy

   

.

.

.