Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, January 13, 2014

Silalah beratur datin ooiii...

" Saya beratur di belakang akak tadi!" Kata saya sambil menekan sedikit suara di kaunter Uncle Jack ayam goreng di Giant tersebut. Saya terpaksa meninggikan suara sebab pengambil oder tu kata "Saya tak tahu nak ambil oder dari siapa dulu?"

Ceritanya begini, kat Giant Kuantan dah ada ayam goreng Uncle Jack. Saya pun mahu cuba rasa. Rela beratur panjang. Tup-tup ada perempuan ala mak datin datang potong line. Saya terpana, datin tu datang dengan beberapa orang perempuan muda. Ketawa-ketawa macam nak tarik perhatian orang jea lagaknya. Macam famous. Macam comel.

Saya rasa kalau kita ni Tan Sri pun kita kenalah beratur. Saya tengok dari tadi lagi muka mak datin tu keras semacam tak mahu mengalah. Terus saya rapatkan perut buncit saya ke tepi kaunter. Tapi mak datin tu tak mahu mengalah dia terus oder makanan dan bercakap dengan gadis di kaunter yang nak ambik oder. Seolah saya tidak wujud di sebelahnya! Saya lihat gadis tu sudah mula seba salah.

"Saya beratur di belakang akak tadi, layan saya dulu..." Sekali lagi saya bersuara tetapi kali ini lembut macam suami yang mahu kecek duit bonus isteri. (Maklumlah gaji isteri mahal dan kerja di bank rakyat. He he he.)

Saya bukannya tak hormat orang perempuan tetapi dia bukanlah tua sangat atau muda sangat. Apa salahnya beratur sebab semua orang nak beli makanan. Ramai yang buat muka apabila `datin' tu potong line. Namun saya sahaja yang bersuara. Orang lain boleh beratur panjang... Dan yang lebih menyampah ialah gaya-gaya ala urban yang mgada-ngada tengok orang dengan jurai mata jea...(mengerling). Kalau sangat kaya raya makanlah ayam goreng di hotel 5 bintang. Makan dengan bintang-bintang di langit sekali. Gitu.

Katalah saya ni tak gentelman pun. Saya ada had-had juggk, lainlah kalau orang tua gaya usia macam mak kita, ni sihat mengada lagi. Kalau ada bawak anak kecil mungkin kita boleh beri dia potong line tetapi bawak gaya gadis litar jea.

Susah sangat ke nak beratur?

Jan: ...sedap jugak ayam uncle jack ni...bolehlah...he he

3 comments:

Adie Achim said...

Saya juga memang pantang dengan perangai orang yang pentingkan diri. Lagi bengang kalau org tu berlagak mentang2 kaya, berpangkat, muka cantik.. saya akan dengan selamba membaitkan ayat2 menusuk kalbu. Huh ada masa saya cerita.. adegan2 yg bikin panas!

Anonymous said...

Join panaz sekali la mcm ni. Saya dgn kwn sy di hypermarket survey. Tunggu turn kat kuanter.. sambil tu borak2. Borak punya borak tiba2 ada dua org pempuan mencelah depan kami potong q.. adeh.. panas la juga.

Eh.. kenapa ada org potong q. Dua mereka buat tak dengar... lagi mengasak ke depan. Rela terpaksa kami biar je la ... dah kami yg terlebih borak smpai tak sedar ada yg potong q...



Nong andy

sukiman said...

Adie, Nong, saya hairan betul la. mengapa mereka pentingkan diri...

mungkin mereka perasan kot... perasan hebat. Padahal taklah hebat sangat, he he he

   

.

.

.