Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, May 11, 2011

Kenapa perempuan perlu banyak kasut?

" Mung beli la rak, kasut banyok tu..." Saya buat-buat berkuasa, he he he. Mentang-mentang jadi ketua Zon QE terus saya guna kuasa saya. Harap-harap tak over atau tersalah guna kuasa macam sesetengah ahli politik kita.


" Nanti laaa, aku beli, mung la tolong beli...?" Kata Mekzu membalas balik kata-kata saya dalam isu kasut. Namun kasut-kasut dia cantik. Malah...saya pernah ter`teman' dia pergi kedai beli kasut. He he.


Kenapa perempuan perlu ada banyak kasut? Minggu ini saya masuk hampir ke semua bilik pensyarah untuk memeriksa keadaan QE mereka. Bilik perempuan memang cantik dan kemas berbanding bilik lelaki. Namun apa yang paling membezakannya ialah bilik perempuan ada banyak kasut!


Saya menyarankan hanya tinggalkan satu kasut sahaja di dalam bilik. Buat apalah ada banyak kasut. Saya tidak faham. Saya cadangkan juga beli rak kasut, he he he.


Kemudiannya saya ada juga bertanya kepada kawan saya mengapa mereka perlu banyak kasut?. Banyak jawapan yang saya terima tetapi paling nampak macam logik ialah mereka mendakwa kasut tersebut perlu `match' dengan pakaian. Iaitu kain, baju, handbag dan tudung. Saya angguk kepada walaupun saya tidak faham.


Jan: Saya tidak ada banyak kasut. Saya hanya ada satu kasut sahaja yang selalu dipakai. Itulah kasut yang saya buat pergi kerja, buat berjalan-jalan di Kuantan, buat balik kampung dan juga buat gi masjid (sembahyang hari jumaat, kalau tak uzur) .

2 comments:

Adie Achim said...

Saya selalu belikan isteri kasut. Oleh kerana saiz kaki kami sama senanglah untuk saya membelinya. Saya beli ikut taste saya. Seronok juga dapat peluang beli kasut. Kekadang sajer jer try kasut depan salesgirl tu. Diorang pandang semacam jer.. hikhik

MySra said...

nasib baik mek zue tak letak semua kasut dlm bilik dia kan, kalau tak dah jd mcm kedai jual kasut...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home