"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, May 26, 2011

3 jawapan yang ikhlas

Sekadar hiasan...




Pada tahun 1994 dahulu, seorang sahabat baik saya berpesan. Katanya kepada saya apabila mencari bini mestilah cari yang sayangi kita dengan ikhlas. Pada masa tersebut kami di tahun akhir pengajian di UM. Dia baru bertunang walaupun pelajaran masih tidak habis. Saya pula pada masa tu tak ada kekasih pun, tak tahu ke tengah ke tepi dok sorang diri, study....konon. He he he.

Kawan saya kata kita kena tanya bakal bini kita 3 perkara dan bakal bini kita tersebut kenalah jawab dengan ikhlas. Pertama tanya dia ikhlas ke tidak untuk berada dengan kita masa senang dan susah? Kedua tanya dia kalau kita ditakdirkan berkahwin lagi satu, ikhlas tak dia berpoligami? Dan ketiga, ikhlas tak dia menerima kita dari hujung rambut ke hujung kaki? Ada tak bahagian anggota badan kita yang jijik baginya...

Pada masa tersebut saya dengar jelah. Orang nasihat kita pasang telinga jelah. Tak semestinya kita ikut, he he he. Tidak terlintas pun pada masa tersebut saya nak bertunang, apatah lagi berkahwin, belajar tak tahu ke mana lagi. Tetapi memang ada beberapa orang pelajar dari beberapa buah fakulti minatkan saya, tetapi pada masa tersebut saya lebih minatkan buku dan KFC.

Bila saya bertambah dewasa, 3 soalan tersebut rupanya sangat penting dan membawa seribu makna...

Jan: Kau tidak ikhlas sayangiku...oh kau puaka tebing biru.

3 comments:

Adie Achim/ Papa said...

Malangnya saya tidak ada kawan yang berpesan begitu sebelum kahwen, jadinya soalan itu tidak pernah saya ajukan.

Sarah Amanda said...

sebelum kawen,ada juga soalan mcm tu utk saya dari suami.tapi sampai sekarang saya tak pernah ada jawapan.

Mohd Amli bin Abdullah @ Baharum said...

jangkaulu masih mencari jawapan...kan?

.