"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, May 24, 2011

Macam mana nak tahu orang tu ikhlas ke tak?



Ni cerita daripada rakan sepensyarahan saya. Dia ajar psikologi. Dia beritahu pada suatu hari ada seorang pemuda jumpa nabi. Jumpa untuk tanya soalan. Ya lah pada zaman dahulu mana ada halaman soaljawab di majalah. Semua nabi la yang kena jawab.
Pemuda itu bertanya macam mana kita nak tahu orang itu ikhlas atau tidak? Nabi pun tak dapat jawab dengan tepat sebab dia tak tahu nak meneka dalam hati orang. Lalu nabi janji dia akan KIV, nanti bila malaikat datang dia akan tanya. Maka bila bertemu malaikat, nabi tanya malaikat. Ternyata malaikat juga tak dapat jawab dan dia berjanji dia akan refer kepada tuhan. Bila malaikat jumpa tuhan dan dengan santun malaikat bertanya...
Kata rakan sepensyarahan saya, Tuhan pun jawab "Itu adalah rahsiaku, hanya aku yang tahu'.
Jan: Suspen je bila dia cerita, seram pun ada, lucu pun ada.

5 comments:

Adie Achim/ Papa said...

Salam,
kesibukkan dengan pendaftaran pelajar matrik (tau.. tak tanya , tp nak inform jugak)
Tapi kita boleh rasa orang tu ikhlas kann..

sukiman said...

selamat mendaftarkan mereka, dulu saya ada juga terlibat dengan pendaftaran pelajar.

saya rasa macam tu juga, kekadang kita boleh nampak dia ikhlas atau tak ikhlas...

dan kadang-kadang masa kita tahu tu...dah terlambat...kita dipersia...terabai

Wanda Azahar said...

orang yg ikhlas tak bagitau pd semue org die tu ikhlas..betol kan?

Abah Mui'zz said...

Ada orang kata, jangan fikirkan keikhlasan orang lain pada kita, sebab susah kita nak mengukurnya, dan banyak kala, kita tersilap ukur.

Tapi ukurlah keikhlasan kita berbuat sst pada orang lain. Itu lebih baik. Bagaimana nak ukur? Kita akan rasa tenang/seronok bila kita buat (walaupun pada pandangan kasar, ia kerja yg menyusahkan diri sendiri).

Umar said...

ye....sgt setuju dgn abah muizzz...betul sgt...hehehhe..

.