"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Saturday, May 21, 2011

Pelakon filem Hikayat Merong Mahawangsa...




Saya baru berpeluang tengok filem Hikayat Merong Mahawangsa, baru minggu ini, pinjam dengan kawan. Saya tak sempat ke panggung sebab sibuk dengan kerja-kerja pengurusan. Memang ada hasrat nak nonton sebab kagum kepada kerja tiga beradik ini.
Saya terhibur melihat filem ini, rasanya inilah filem kita yang paling lawo dari segi kesan khasnya. Saya tak reti sangat pasal kesan khas, tetapi saya rasa ia memuaskan di mata saya. Namun janganlah nak banding filem orang putih, kesan khas mereka lebih meletop.
Saya hanya nak kongsi pendapat dari segi lakonan. Saya beri 5 bintang kepada Datuk Rahim Razali sebab dia menghidupkan wataknya dengan berjaya dan cemerlang, begitu juga Wan Hanafi Su memberikan persembahan terbaik. Tidak sangka pula Khir Rahman mampu memberikan lakonan yang mantap. Saya tabik.
Saya tak nak tabik pada lakonan puteri raja Cina, saya rasa dia kena ambil kelas lakonan. Penghayataan saya beri F, he he he. Entah mengapa yea, tak ada orang lain ke? Cacat filem ini kerana dia...
Ummi Nazeera boleh berlakon, suara dia seksi... Dalam hantu Kak Limah Balik Rumah dia pegang watak roh yang tidak tenteram... Walaupun dia baru, dia dapat berlakon dengan baik. Lama kelamaan cukuplah pesona bintangnya...
Stephen Rahman Hudges? Lakonan dia? Bolehlah... Bolehlah? Ya bolehlah sebab kita tak ada pelakon lelaki lain yang sesuai. Di Malaysia, payah nak cari pelakon lelaki yang pandai berlakon yang boleh menjadi hero...He he he. Cuma dia kenalah ambil kelas bahasa Melayu. Payah kelas tu, kelas bahasa inggeris berlambak.
Filem ini hebat, kata kawan baik saya boleh buat 3 filem macam LOTR.
Jan: Susahnya nak berlakon...

2 comments:

Adie Achim/ Papa said...

Saya tak nak tabik pada lakonan puteri raja Cina, saya rasa dia kena ambil kelas lakonan. Penghayataan saya beri F,

: Yg sebenarnya sy cuba jadi positif sepanjang menonton karakternya tapi saya gagal mencari dari sudut mana bestnya pelakon tu... atau kita yg ada high expextation kut :)

sukiman said...

Saya rasa lakonan Janet khoo jauh lebih baik (rujuk filem Paloh). Penghayatan dia bagus.

sukar rupanya nak berlakon, penghayataan kena sampai...

kalau saya jadi pengarah, mesti cut-cut-cut memanjang.

Namun secara keseluruhan filem ini baik dan bagus...saya suka.

.