"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Sunday, May 15, 2011

`Tok pok'


Daging boleh direbus dengan sesuka hati, bubuh garam sikit, kicap sikit ...





Biasanya perkataan `tok pok' ni dirujukan kepada daging. Contoh ayat, " Suzila, cuba tengok daging mak rebus pok ke tak lagi? Laung Mak Som daripada luar rumah ketika menjempur kain atas di atas pagar (atas pagar jiran sebelah!).



" Tok pok lagi la mak, keras lagi" Jawab Suzila yang biasanya malas sangat nak ke dapur, berlaki nak!.



Daging yang kita masak yang kita rebus sebelum kita makan kenalah `pok'. Daging tersebut mestilah betul-betul masak. Baru senang kita gigit untuk kita makan. Kalau `tak pok' maka masih keras dagingnya, kita tak boleh makan dengan selesa.



Namun cerita ni bukan pasal daging tetapi cerita mengenai pasangan kawan saya. Saya ada kawan yang suka bercerita buruk tentang pasangannya. Saya dengarlah sahaja dan buat kesimpulan. Begitulah saya biasanya, he he he. Senang je buat kesimpulan. Mentang-mentang ada blog.



Hendak dijadikan cerita suatu hari kawan saya ada bertandang ke rumah saya. Saya sangat sibuk maka mak saya yang buat-buat mesra di ruang tamu. Dan bercakap dengan mereka sementara saya bersiap (kalah anak dara). Pada masa tersebut sebenarnya saya baru nak mandi. Saya malu untuk keluar. Saya ada baca dalam buku motivasi, kita tidak boleh keluar jumpa peminat kalau kita sakit atau tak terurus. Cukuplah peminat tahu kita masud wad. Mungkin mereka antar bunga.



Saya tak nak cerita mengapa kawan saya datang bertandang tetapi saya nak cerita pasal kata-kata mak saya selepas kawan saya dan pasangannya balik, mak saya kata:



" Mak tengok suaminya macam `tok pok'... Kata mak saya sambil mengambil cawan dan teko untuk di bawa ke dapur. dan dapur pula tak jauh mana, belakang dinding ruang tamu sahaja. He he he.



Saya tersenyum, saya memang setuju sebab begitulah saya dengar cerita-ceritanya...



Jan: Kadang-kadang saya` tok pok' juga.





No comments:

.