"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, May 9, 2011

Perihal duit gaji isteri.

Dalam agama islam tugas mencari rezeki terletak pada sang suami. Sang suami yang keluar rumah untuk mencari rezeki dibawa ke rumah. Sang isteri tidak boleh keluar rumah untuk bekerja jika suaminya tidak izinkan. Kawan saya yang bersekolah agama kata haram kalau sang isteri tidak minta izin dan bawa balik duit ke rumah walaupun satu sen, berdasarkan beberapa hadis yang dia belajar. Hadis yang saya tidak pernah dengar pun, he he he.

Saya setuju, sang isteri mesti patuh pada suami. Jika suami hanya berpendapatan rendah, tidak bolehlah sang isteri demand perkara-perkara yang di luar kemampuan suami. Tidak boleh merengek atau mendesak apatah lagi meng-ugut sang suami. sang suami tentu rasa sedih dan terkadang menyampah bila sang isteri demand perkara yang lebih-lebih. Maknanya sang isteri kena pandai-pandailah menahan hati dan hidup dengan suaminya yang dia kasihi. Tanda patuh. Tanda Kasih...?

Jangan pula sang isteri bandingkan kehidupan berumahtangganya dengan jiran atau saudara yang berada (yang bersahabat baik dengan koat Mamoh, mereka mampu berhutang, tak apalah). Sang isteri harus dan wajib hidup dengan kemampuan suaminya (kalau nak hidup senang lenang kenapa pilih suami sekarang? He he he. Pilihlah Datuk atau usahawan berjaya. Ini saya yang kata, bukan kawan saya tersebut, he he he).

Kalau sang isteri minta izin untuk bekerja bagi membantu suaminya, dan kalau sang suami tidak beri izin tersebut. Iannya tetap tidak boleh. Tiada duit boleh masuk ke dalam rumahtangga tanpa izin suami. Dan jika suami izinkan maknanya duit gaji tersebut digunakan untuk membantu ekonomi dan rumahtangga. Kira duit gaji tersebut adalah bukan mutlak miliknya sebab suaminya izinkan. Kalau tidak izin, kenalah hidup seperti gaji sang suami. Kena redha dan patuh. Sebagai isteri yang bijak kita hendaklah bijaksana hidup dengan gaji suami kita, kita kena faham limitasionnya. Kita kena faham juga konsep keizinannya. (bersyarah pulak dah).

Sang Suami

Duit gaji bini kita tersebut memang kira duit kita juga kerana keizinan daripada kita. Tetapi tidak bolehlah kita guna untuk beli sport rem kereta atau guna untuk up grade handphon kita. Duit gaji isteri tersebut adalah untuk membantu rumahtangga kerana kita tidak mampu untuk berlebihan atau bercukupan atas rumahtangga kita.

Janganlah sang suami pula rasa lega atau lepas tangan bila sang isteri bekerja. Ini kerana jika difikirkan mereka sudah membuat pengorbanan kerana kita tidak mempu menyediakan segala kehendaknya iaitu untuk hidup senang. Duit yang lebih dia belanja untuk rumahtangga itu ini, dia beli la sepasang dua kain pasang yang mahal dan kasut yang murah kerana kita bukannya mampu kan?

Sang Isteri

Sang isteri pula tidak bolehlah bangga berego mendakwa duit gaji dia, duit gaji dia secara mutlak. Kita kena pergi ke dasar dan permulaannya iaitu kita diberi izin untuk bekerja. Keizinan ini jangan dipandang remeh dalam agama. Dan janganlah mengungkit kerana kita yang meminta keizinan...ingin membantu...(baca dengan nada ikhlas dan tidak memberontak, redha supaya hidup berumahtangga dapat keberkatan...)

Saya pernah diberitahu oleh adik perempuan saya yang dia terdengar satu dialog. Dialognya berbunyi begini " Kalau harapkan gaji suami, tak makan la kami anak beranak, tak boleh hidup senang". Saya rasa tidak perlulah sang isteri berlagak ego beritahu sebab memalukan suaminya. Kami kenal suaminya bekerja di sebuah bank. Suaminya baik. Bukan kaki perempuan, botol atau kaki nangkung.

Saya tahu ramai gaji kawan-kawan perempuan saya gajinya jauh lebih tinggi/mahal/banyak daripada suami mereka. Posting ini saya tujukan kepada mereka, supaya mereka tidak tersasar dalam kehidupan untuk mencari keberkatan berumahtangga. Itu saja yang boleh saya sumbangkan kepada kawan-kawan perempuan saya.

Kepada yang tak kahwin dan yang tak kahwin-kahwin tu, boleh ambik iktibar atas tulisan ini, terimalah apa yang patut...moga jadi panduan.

Jan: Jangan kau lupa...

.