"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Saturday, September 11, 2010

selamat hari raya 2010

Hari ini saya bangun pukul 10 lebih. Memang lewat untuk sambut hari raya. Entahlah, saya letih... Tahun lepas saya bangun pukul 9. Harap tahun depan taklah saya bangun pukul 12 tengahari pulak.
Saya bangun terus mandi, pakai baju Melayu biru dan duduk atas kerusi rotan untuk berikan duit raya...Tahun ni RM5 je sorang. Selepas berikan duit raya untuk semua anak-anak saudara, saya makan nasi.
Saya pakai baju Melayu biru tersebut sepanjang hari. Saya tak sempat beli apa-apa pakaian untuk saya sempena sambut raya.
Dan seperti biasa ramai juga saudara mara saya yang datang. Ada juga saudara saya ungkitkan saya masih bersolo diri. Saya senyum je, tak jawab apa-apa. Soal kahwin soal saya, saya rasa tak payahlah perbesarkan. Saya tersenyum je, sambil dalam hati menyumpah (he he he). Namun hairan raya kali ini saya taklah terasa sangat atau berkecil hati atas soalan-soalan bila saya nak kahwin...he he he. Orang yang kahwin tak tentu pun bahagianya.
Saya beraya untuk keluarga. Mungkin kegembiraan saya apabila melihat keluarga gembira, saya tak apalah... Saya tak apa belaka.
Tahun ini saya tidak menghantar kad untuk sesiapa pun...saya tak beria-ria. Namun kad raya daripada Azniza dan Din sangat mengharukan hati...
Saya boring juga bila sanak saudara berkumpul sambil mempamirkan keluarga mereka, namun bagus juga hari raya, kalau tak, tak jumpalah mereka...
Jan: Selamat hari raya untuk sapa-sapa yang meraikan hari raya...

No comments:

.