"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, September 1, 2010

Dia beli ikan buruk...

Saya picit-picit bahagian bawah dada ikan gelama tersebut. Matanya merah menandakan ikan tersebut dah lama meninggalkan alam lautnya. Sebenarnya saja saya nak test perut ikan tu pula. Memang lembek giler dah. Ada juga kelihatan ikan yang perutnya sedikit terburai keluar. Saya hampa. Kenapa ikan seburuk ni dijual juga?. Saya nak yang fresh... Nampaknya saya kena ke Tunas Manjalah jawabnya.
Saya berhajat besar nak beli ikan gelama, nak panggang, nak cicah budu. Tentu terangkat. Tapi bila angkat penutup tong ikan tu dan lihat keadaan ikannya, saya putus asa...
Sekoyang-koyang datang seorang ibu yang sedang mendukung anaknya tak semena-mena di hadapan saya. Saya beredar kebelakang sedikit. Saya tengok dia picit ikan tersebut macam saya juga. Dan selepas itu dia masukan beberapa ikan dalam plastik. Saya perhatikan gelagatnya. Dia tidak sedik pun kecewa ikan tersebut busuk, malah dia kelihatan gembira... Selepas itu dia berlalu pergi... Saya rasa perempuan itu orang asli...
Bila saya sampai di rumah, saya ceritakan hal ini kepada mak. Mak saya terus tanya saya kenapa tak belikan ikan lain untuk perempuan tadi. Kata mak saya tentu perempuan tadi orang susah dan hanya mampu membeli ikan yang buruk...
Sekarang tahulah saya kenapa pekedai tersebut tidak membuang ikan yang buruk... sedihkan...
Jan: Insaf sekejap sambil sedikit terkedu...

2 comments:

uNcLeJoE said...

dekat sini pun sama suki... mungkin ikan dorang simpan stok raya kot...mcm2 penjual ikan ni kan.. atau pun ikan mogok...

tadi pergi pasar pun... banyak ikan pecah perut jer... saya sedikit cerwet bab2 ikan ni... maklum le kan.. kita org ganu.. ikan mesti fresh2... t'ganu darul ikang kang....

sukiman said...

betul tu kalau tak makang ikang fresh, nok makang gapea lagi kang?

muadzam ni jauh dari pantai...payah nak dapat ikan molek...

.