"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, September 1, 2010

Mereka mengumpat hal saya...



Pernah tak rasa sakit hati bila diumpat?
Saya dimaklumkan oleh seorang sahabat yang saya dijadikan bahan umpatan melalui komputer. Ala yang jenis boleh kita konek kawan-kawan sepejabat kita tu la. Yang tiba-tiba `pop' muncul depan komputer kita. Orang panggil `office communicator' rasanya.
Komputer dan internate ni kalau kita salah guna, tak baiklah kesannya. Namun biasalah, orang kita begitulah, macam beruk dapat pisang. Kita kembali ke kisah saya kena umpat... Sahabat saya itu beritahu kononnya dia terbaca bahan umpatan tersebut sebab muncul di skrin komputer kawan dia. Kebetulan dia lalu di meja tersebut, katanya.
Saya ni bukannya terkenal dan nak memerak kayangankan diri. Kawan saya iaitu seorang pensyarah psikologi pernah kata personaliti saya ni jenis tikus atau lipas, bukannya merak. Sebab itu saya hairan bila orang cakap hal saya di belakang, saya tak pernah ada niat nak menonjolkan diri. Saya pergi kerja pun parking kereta belakang bangunan, naik ikut tangga belakang, pergi punch kat pejabat dan masuk bilik saya sendiri. Saya duduk diam-diam je.
Kalau mereka cakap di hadapan tahulah saya mengajarnya... Eeee geramnya rasa nak gigit je, atau pelempang 8 kali? Peristiwa ni bukan baru terjadi tetapi kesannya berpanjangan pada saya. Apa salah saya pada mereka kan? Tetapi setahu saya, saya tak pernah pun berbual dengan mereka. Sekali lagi kita kembali kepada tajuk posting ini... Sedap sangat dia umpat pasal saya yang kononnya berkelakuan buang tabiat bila sedang bercinta. Dalam umpatan itu dia sebut saya ni sebagai `orang tua'. Dia kata gitulah gayanya bila orang tua bercinta. Macam-macamlah lagi umpatan yang dia tulis pasal saya.
Sebagai insan biasa pada mulanya saya rasa marah jugak kerana saya bukannya orang tua. Jauh lagi warga emas. kalau saya naik bas, saya kena tambang orang dewasa, bukan separuh harga... Dia main sedap tulis je.
Kedua orang yang dia pasangkan dengan saya tu cuma sahabat saya je, tak lebih daripada itu. Saya bersahabat ikhlas kerana allah bukannya nak buat bini. Lainlah jika saya dipasangkan dengan orang yang saya suka, tentu saya jadi semacam buat-buat malu, goyangkan badan, tunduk sikit dan akhirnya jadi gelenyar gatal gelebek!
Mula-mula saya mahu marah tetapi bila saya fikir lama-lama, ada bebarapa faktor yang membuatkan saya tak perlu panjangkan kemarahan saya. Pertama mereka bukannya kawan saya pun. Malah saya pun tak ada keinginan nak berkawan dengan mereka sejak dulu lagi. Entah kenapa, tetapi sekarang tahulah saya kenapa, he he he.
Saya rasa tak perlulah cara hal orang kalau tak tahu hujung pangkalnya. Fitnah tu berdosa besar. Saya rasa saya mahu bersemuka dengan mereka, namun saya rasa saya ada plan yang lebih baik...he he he.
Semoga pembaca blog ini dijauhi umpatan dan kejian...
Jan: Memang sedap makan daging manusia sebab manusia makan macam-macam kot...


3 comments:

uNcLeJoE said...

BAIK TOK SOH BENG LAYANG.....
jadilah manusia yang cool jer... lagibaik jadi cooler....

kan? bek sukiman gi tengok anak ja.. pas tu ... akan ada rasa lega.. hehehe sebab nak tengok nak sendiri tak dok lagi...

sukiman said...

tapi tula UJ, punoh ranoh rasa hati.

dah lama tak guna ayat `tok soh beng layang' he he. lucu pun ada tapi tepat.

memang nak gi tengok anak ja, tapi bimbang pulok ada org umpat lagi...he he

Abah Mui'zz said...

Ngumpat ni takyah ada lesen atau degree Mang. Pastu rasa best je lepas dapat mengumpat, macam baru lepas hisap ganja agaknya. tu yang ramai sangat orang sekeliling kita sukarela mengumpat, walaupun takde upah 1 sen pun.

Ikut kata UJ, dok soh beng layang.

Slmt hari raya untuk mu sekeluarga.

.