Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Sunday, December 27, 2009

Perihal kuah roti canai...

Memang la kita beli makanan tu, kita yang bayar tapi janganlah biadap. Kalau kita biadap sebab kita yang bayar, tu namanya angkuh. Kejadian macam nilah yang buat saya malu jadi orang Melayu yang kononnya berbudi bahasa, lemah lembut, sopan santung dan berbudi tinggi. Kejadian ni berlaku semasa saya nak beli nasi minyak lauk opor di Pasar Mini Muadzam. Ceritanya begini...
Tengah saya dok pilih sama ada nak nasi minyak lauk opor atau ayam pedas, tiba-tiba:
'' Mana cukup kuah ni!, sikit je! '' kedengaran suara bernada agak kuat, sehingga saya yang duduk di tepi gerai pun dapat mendengarnya. Apa lagi saya terus rapatkan diri ke tempat kajian (kejadian) buat-buat pilih kuih muih yang berdekatan dengan pemuda tadi. Sehinggalah saya berada di sebelah pemuda tadi!. Saja nak lihat apa peristiwa, apa ke halnya?
`` Beli 7 keping, bukannya 3 keping! '' Nampak benar pemuda tersebut tengah marah dan tak berpuashati. Dia dengan kasar menunjukan plastik berisi kuah ke mak cik penjual. Saya pandang muka pemuda yang tak puashati tu, garang mukanya, orangnya muda dalam umur awal 30an dan agak berisi, jenis pendek. Pakai T'shirt dan seluar pendek hitam. Ditangannya ada plastik bungkus roti canai. Kesnya adalah dia beli 7 keping, dia tak puas hati kerana kuahnya diberi sedikit saja oleh mak cik penjual.
Kesian mak cik tu, nampak muka dia malu kena sembur. Cepat-cepat dia ambik plastik baru dan isi kuah lain dan beri kepada pemuda yang tak puas hati tu. Saya kenal mak cik tu sebab dulu dia ada terkurang baki bila saya makan dikedainya. Saya tak marah, bukannya banyak dan saya sebenarnya tak boleh lihat orang tua. Bila lihat teringat mak di kampung.
Setahu saya mak cik tu dah lama menjual kueh di situ. Sejah saya menapak di Paris dia lebih dua tahun dulu dia dah ada di situ. Dia jual nasi lemak, nasi kunyit, nasik minyak, mee, sikit kueh muih dan ada juga roti canai. Kiranya ada la sumbangannya kepada masyarakat.
Minta maaf cakap di Muadzam ni payah nak cari kedai makan. Kita patut berterima kasihlah pada mak cik tu walaupun kita beli. Kalau dia tak jual, kita nak makan apa kan...? Makan duit yang kita ada tu? Makan sombong kita berlaukan angkuh?
Tanpa mengucapkan terima kasih, dia keluar gerai dan saya ikut daripada belakang (macam penyiasat pensendirian). Bila sampai kat longkang dia berpaling ke arah saya sebab mungkin dia sedar saya mengekorinya. Nasib baik kat situ ada seekor kucing, saya cepat-cepat ambik dukung dan gosok-godok kepala kucing dengan separa manja, sebagai sebuah lakonan tak berbayar.
Saja saya nak ikut pemuda tadi nak tengok jenis keretanya sama-ada dia orang kaya atau tidak (tak kan nak gi tengok rumahnya atau siasat akaun dalam bank kan? itu je indikator yang ada buat masa tu). Kalau kaya jadilah orang kaya berlagak, kalau miskin jadilah orang miskin tak sedar diri, hina! Huh!, geram saya (geram jenis menyampah, bukan jenis geram kerana stim). Tapi saya gagal sebab pemuda tersebut terus ke dalam pasar beli ikan, saya hanya pandang daripada jauh.
Saya malas nak tunggu, saya start kereta dan balik ke rumah. Tapi peristiwa tersebut masih lagi jelas di mata saya. Ini ke akibatnya kesan pembangunan manusia, hilang nilai sopan santun?
Kesian mak cik tu, apalah salahnya pemuda tadi minta dengan elok? Kalau nak kuah lebih minta dengan berbudi bahasa, bersopan perbuatan.
Saya kesian ke mak cik tersebut, macam mana kalau mak cik tersebut mak kita?
Jan: Teringat Sani (kawan saya) selalu minta tambah cili potong apabila memasan makanan. Tetapi dia minta dengan senyum sopan.

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home