"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Saturday, December 26, 2009

“Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times

Tidak sabar-sabar rasanya saya mahu sambar buku tersebut. Tapi bila ya? Sebab katanya KDN perlu 2 bulan untuk kaji nak menentukan sama ada nak luluskan atau haramkan buku tersebut.
Nanti bolehlah saya deretkan buku tersebut dengan buku mengenai perihal Tun yang lain. Selain Tun saya juga ada beberapa buah buku mengenai Tunku Abdul Rahman. Saya kagum sungguh dua orang negarawan ini. Tidak benar saya hanya ada buku koleksi masakan dan Majalah kebun sahaja. Saya juga ada sedikit koleksi buku politik dan agama.
Saya ada buku-buku kecil bermotif politik yang ditulis semata-mata sebagai buku yang muncul bila sesuatu agenda mahu diutarakan. Banyak juga yang hilang sebab ayah saya pinjamkan kepada kawan-kawan politiknya. Semasa dia menjadi ahli majlis daerah Besut dulu, dia banyak berkawan dengan orang politik. Dalam dunia politik bila kita pinjamkan buku kita kepada orang terlibat dengan politik... kita mesti tahu yang pinjaman tersebut tak kan terbayar (dipulangkan balik). Moleklah kita ucapkan selamat tinggal kepada buku kita sebaik saja kita memberikan pinjam kepada mereka ini, he he he.
Kalau diharamkan tentu lagi naik stim saya nak mendapatkannya, teringat pulak kata-kata Madonna `sesuatu tertutup tu lebih orang nak tengok'. Mungkin sebab itulah dia hampir dedahkan segalanya kot, hehehe. Saya nak baca buku tu sebabnya bukan nak cari keburukan Tun Dr Mahathir tetapi saya nak lihat adakah betul buku ini `betul' atau saja-saja je muncul di pasaran sebab nampak gayanya selepas PM yang lepas, PM terbaru menunjukan kemajuan dan berjaya menambat kepercayaan hati ramai orang. Kak Ros pun nampak giat juga berusaha menstabilkan dunia politik suaminya...sebagai nilai tambah.
Telah diurakan juga supaya diadakan satu suruhanjaya untuk menyiasat hal ini untuk tahu benar atau tidak, ke hanya gimik je?. Tetapi saya tertanya-tanya jugak jika diadakan suruhanjaya untuk menyiasat Tun, dan jika didapati Tun bersalah. Berapa tahun Tun patut kena hukum penjara sebab RM100 biliong tu banyak? Bukan saja boleh buat gril rumah dan pagar rumah dengan emas, siap bumbungnya sekali kot? Atau kita tak hukum Tun masuk penjara tetapi kita timbulkan keburukan itu demi kematian survival politik Melayu. Saya tak tahu sangat tentang politik tetapi politik boleh memanipulasikan segala perkara atau isu... Contohnya, ''Haaa orang Melayu tak boleh jadi pemimpin hangus berbilion ringgit'', ''orang islam nampak je baik tapi bila ada duit gelap mata'' atau ''orang Melayu tak pandai berniaga, setakat jual pantun seloka je boleh''. He he he.
Seperti biasa Tun tak takut, tak kecut. Rasanya dulu masa PM lepas dah ada usaha nak timbulkan keburukan Tun, tapi tak berapa menjadi. Tun tetap tenang berkuda dan makan daging ayam (orang kata Tun tak makan ikan). Tetapi mungkin kali ini menjadi kot sebab guna orang luar sebagai penulisnya, he he he. Biasalah orang kita kalau orang luar puja sangat, sebab Melaka jatuh tak pernah diambil iktibar, setakat gi Melaka beli Tshirt, cingcanglok dan magnet kereta lembu je. Huh!
Ironinya Tun pulak dah yang meminta kerajaan bersikap telus dan Tun kata bukalah, buatlah siasatan mengenai perbelanjaan pada era pentadbirannya. Silakan...
Jan: Bukan penulis politik...

No comments:

.