"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, December 30, 2009

20,000 kunjungan…

Saya dapati jankaulu.blogspot sudah menerima lebih 20,000 kunjungan. Sekali lagi saya merasa gembira tetapi sedikit keresahan timbul. Gembira kerana masih ada yang sudi membacanya walaupun penulisan hanya berkisar luahan pandangan atas apa yang terjadi dan kadang-kala monolog dalaman sahaja. Resah sedikit kerana bimbang pada lain masa mungkin saya tidak dapat menulis dengan galak lagi… dan ia mungkin menjadi suatu yang menghampakan diri saya juga…

Suatu waktu dulu saya tidak mengambil berat mengenai bilangan pengunjung atau orang baca atau tidak apa yang ditulis, lama-lama terasa gembira kerana ramai kawan saya membacanya, buktinya sekali-sekali mereka beri respon terhadap penulisan saya.

Kalau boleh saya ingin terus menulis sampai bila-bila untuk mengambarkan sedikit sebanyak pengembaraan hidup saya kerana penulisan ini sedikit sebanyak macam diari hidup saya. Cuma diari ini bukannya rahsia, ramai orang boleh membacanya. he he he. Namun tiada perkara yang tiada berkesudahan…kan?

Saya tak mahu hipokrit, apa yang saya tulis semuanya datang daripada hati dan perasaan saya. Tak ada apa-apa yang ingin saya sorokan, sembunyikan atau malukan, lebih-lebih lagi mengenai kehidupan yang sedang saya lalui…

Saya sifatkan kehidupan yang saya lalui bukannya mudah, mana ada kehidupan yang senang kan? Kata mak saya pula setiap orang yang menjalani kehidupan yang berbeza berhadapan dengan cabaran yang berlainan.

Sebab itulah kadang-kadang terdapat penulisan yang saya sendiri merasakan ianya terlalu peribadi… Jika diteliti terdapat juga penulisan yang secara langsung memaparkan ketidakrasionalan saya, namun buruk baik tindakan saya…itulah saya.

Bak kata salah seorang penganalisis blog kawan-kawan, yang pernah bekerja bersama saya di Shahputra Pekan dulu, disampaikan oleh Adnan:

‘’ Blog Sukiman simple dan jujur penulisannya dan seperti yang kita kenal orangnya…’’


Jan: Terima kasih. Selamat tahun baru 2010, untuk pembaca blog jankaulu...

No comments:

.