"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Sunday, January 3, 2010

2010: Azam dan harapan…

Saya semakin hilang idea untuk menulis. Percakapan kawan-kawan di hadapan saya sudah semakin menipis di telinga, ibarat masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Seakan sudah tidak menarik, perkara yang sama juga diperbincangkan, dan saya pun sudah malas nak menyampuk…

Baiklah saya ceritakan tentang diri saya. Semalam saya pasang Tv tetapi saya tidak mengikuti ceritanya. Cerita tidak menarik dan hambar… lalu saya capai pena dan kertas, dalam kesendirian saya list down 10 azam saya tahun 2010.

Saya tidak terkejut apabila mendapati bahawasanya kebanyakan azam yang disenaraikan tersebut adalah azam lama yang tak tercapai! He he he, contohnya azam mahu dapatkan timbangan badan yang ideal sehingga 68kg dan mahu mengurus wang dengan baik. Sebenarnya azam-azam itu bukannya azam tahun lepas tapi azam yang dah sedia bertapak pada beberapa tahun lepas, he he he.

Namun ada juga azam baru yang saya tambah dalam senarai. Azam baru ini penting kerana ia akan jadi sebagai kayu pengukur diri. Apabila saya mencapainya nanti harap-harap ia merupakan satu peningkatan diri. Boo-boolah dengan apa orang kata tetapi ia penting bagi diri saya, contoh azamnya saya nak pandu kereta balik kampung selaju mungkin.

Terdapat juga azam tahun lepas yang saya kira berjaya. Antara saya boleh tersenyum kerana berjaya mengeratkan lagi hubungan saya dengan kakak saya di Kuantan. Dan kami bertambah erat lagi apabila kakak saya mahu menghadiahkan lukisan bernilai rm600 sempena saya naik rumah baru nanti. Selama ini bukan tidak erat tetapi masing-masing sibuk, dan pandangan kami tentang dunia pun jauh berbeza.

Pada pendapat saya perlu bagi kita berazam setiap tahun. Orang yang tak mahu berazam semata-mata kerana azam tahun lepas tak tercapai boleh lagi menuruskannya dan berusaha dengan lebih gigih. Apa salahnya berazam, bukannya kena bayar kan? Dan kalau tak tercapai itu tandanya usaha kita tak kuat dan kita masih boleh lebihkan usaha…Contohnya saya ni walaupun banyak azam saya tak tercapai tapi saya teruskan jua kehidupan…he he he.

Namun kalau ada pihak saja-saja tak nak berazam atas tak ada apa-apa sebab itu adalah hak peribadi sebab kadang-kadang bukannya kita berazam sangat tapi ia datang juga melalui masa. Contohnya tahun 2009 nan lalu saya gembira bila dapat miliki kereta. Saya hutang kereta tu pun secara tiba-tiba… sehingga masa nak gi kedai Ja tanya ‘’Betul ke nak beli kereta ni?’’ Sebelum tu pun dia dah beberapa kali tanya… Saya jawab, ‘’Ya dah tiba masanya’’.

Begitu juga tahun 2009 ini saya gembira dapat kunci rumah walaupun saya tak pernah berazam pada tahun-tahun tertentu saya kena miliki rumah…

Hidup ni kadang-kadang bila kita buat pilihan kita sebenarnya tak tahu kuasa pilihan itu akan bawa kita ke mana… atau jadi apa akibat daripada pemilihan yang kita buat tu…

Tahun 2010 akan saya lalui dengan getir dan pedih, saya tahu kerana itu adalah perjalanan hidup saya. Namun saya berazam dan berharap saya sentiasa sihat untuk kembali melukis warna pelangi…kerana tanpa tujuh warnanya…saya akan runtuh…


Jan: hanya kematian yang dapat memadam kenangan.

6 comments:

Lau Lee Lee @ Norliza Abdullah said...

Awak..tabahkan hati jangan mudah mengalah, hidup ini terlalu singkat untuk diisi dengan hal-hal yang tidak membahagiakan. Yakinlah daripada setiap kejelekkan dan ujian, tersirat kemanisan untuk diselongkar.

Eja said...

azam sy nk gi tgk umh baru awk pas siap dihias. he3

sukiman said...

Bukan salah saya...saya jumpa kucing di tepi jalan. Memang kucing. Tetapi bila saya pelihara penuh kasih sayang dia jadi anjing, dan dia gigit saya...

sukiman said...

Eja, tak terniat untuk saya menghias rumah tersebut...

namun saya tentu berbesar hati bila awak sudi datang...

LilYLiZ@ said...

Kucing tu tersesat di jalan agaknya..lagi pun dia mungkin dah bertuan. Walau pun dipelihara dengan penuh kasih sayang, tapi kucing tu tak serasi dan selesa dengan awak...So, dia terpaksalah gigit awak untuk melepaskan diri dan kembali pada tuannya. Kasih,sayang & cinta tak boleh dipaksa, semua orang berhak menentukan apa yang terbaik untuknya. Lebih baiklah ditinggalkan daripada kita semakin parah tatkala mengetahui diri kita diterima atas dasar kesian/simpati shj.

sukiman said...

ya liliy...biarlah dia tinggalkan saya daripada saya tinggalkan dia...

.