"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, January 12, 2010

Perihal jiran baru saya...

Kalau boleh saya nak berjirankan manusia yang bisu dan juga buta sekaligus (kalau boleh seluruh kaum keluarganya). Dan kalau boleh lagi saya nak jiran saya tu pentingkan diri, tak ambik tahu hal orang. Tetapi saya harus tampar pipi saya 2 kali, sebab saya orang Melayu dan tinggal di Malaysia! Malaslah saya nak kaitan dengan faktor agama, nanti ada yang tersinggung dan bom rumah saya pula...tak pasal-pasal kerajaan kena beri duit ke saya.
Saya tak kata jiran tak penting tetapi jiran yang teruk dan tak sekepala pastilah gundah-gelanakan hati kita. Dan kita tentulah tak selesa untuk menjalani hidup aman damai... Lebih-lebih lagi kalau hidup kita tak macam orang lain (baca dengan nada sedih...)
Namun di awal pertemuan kami, saya dah dapat mencium macam bau-bau yang enak dan kurang enak...
Jiran Belakang rumah...
Saya tak pernah sepatah pun bercakap dengan mereka... Saya rasa mereka orang berada, atau orang banyak hutang dengan bank. Mereka renovate rumah mereka besar dan cantik. Itu tidak menjadi masalah kepada saya. Renovatelah sebesar kapal Titanic pun, saya tak hairan.
Saya pernah ternampak mereka tempohari. Dia cuba bercakap-kuat kepada anak-anaknya, mungkin sengaja dia nak saya datang dan menegurnya di tepi pagar belakang rumah kami. Ikhlas saya cakap sebesar bayi kuman kurus pun saya tak ingin berjiran dengan orang macam ini.
Saya tidak senang dengan sikapnya yang sambung dapur hingga rapat dengan pagar kami. Memang la dia boleh sambung sebab tanah dia... Sangat rapat sehingga mencacatkan pemandangan daripada arah rumah saya. Saya juga dapati kalau silap gaya mungkin atap cucuran akan jatuh ke laman saya. Sudahlah sisa-sisa bahan binaan renovate tercampak cantik di laman dalam pagar saya!
Jiran Sebelah rumah saya...
Cikgu ini orangnya terlebih ramah! Kali pertama jumpa dah tanya saya itu ini dan siap nak `kenal'kan saya dengan seorang guru di tempat kerja bininya yang juga seorang guru. Cikgu yang nak diperkenalkan tu berumur 35 tahun dan aci bertaruh saya rasa cikgu tu berisi...he he he sebab kata Wawadave, it's rythm...
Saya rasa soalan itu terlalu peribadi... Sebab itulah setiap kali sampai rumah, selepas parking kereta cepat-cepat saya tutup pintu pagar dan elak daripada beramah mesra dengan mereka. Saya tahu mereka tak berniat menganggu saya tapi saya tetap rasakan itu hal peribadi. Saya rimas dan tak selesa...
Nanti kalau ada duit lebih saya nak buat tembok besar, saya nak pagar antara jiran sebelah rumah.
Jiran Depan rumah saya...
Depan rumah saya secara setentang memang tak ada rumah, cuma di kiri setentang rumah ada rumah.
Pertama kali jumpa cikgu tersebut (cikgu juga) dia juga agak ramah. Dia juga tanya saya hal ` orang rumah' kerja kat mana, tetapi bila saya cakap tak kahwin, dia cakap `alhamdulilahlah' dan cepat-cepat tukar kepada tajuk lain...
Kami berkongsi rokok (rokok dia), dan saya tak berapa selesa sebab dia suka berada dekat sangat dengan saya bila bercakap. Ada dalam 2 kaki sahaja. Terlalu rapat...tak sopan rasanya bila bercakap terlalu rapat, kita bukan Tarzan.
Saya sempat menjeling kepada bininya yang bermake-up lawa. Mengapa bini orang selalu nampak lawa berbanding dengan bini kita ya? (ooop, berbanding dengan pasangan kita? he he he) Bininya juga seorang guru. Saya juga beberapa kali menjeling kepada anak-anaknya yang tak duduk diam ke sana-ke mari... macam anak saudara saya.
Jan: Kalau saya ada banyak duit saya nak beli sebuah bukit, saya nak buat taman perumahan kat atasnya untuk orang yang tak kahwin-kawin. Saya faham benar perasaan mereka...

3 comments:

alias derais said...

saya suka le baca penulisan encik jankaulu sekarang ni-makin bagus-makin selamba-makin santai-teruskan menulis ye-hehe

sukiman said...

thanks cikgu, tapi kadang-kadang emosi je lebih, he he he.

Eja said...

eh bkn ke cdg nk beli bukit n buat rumah awk sorg2... keliling rumah tanam dgn pelbagai pokok buah2an (pastinya ada 8 pokok manggis), dan tanaman kontan...ujung mggu turun bukit..di kaki bukit di tepi jln yg tenang nk jual ubi kayu...hehehe

.