"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, November 7, 2012

Najihah, Najib dan Shafiq

Najihah, Najib dan Syafiq adalah anak saudara saya yang paling saya ingati dan beri tumpuan. Saya ada sebab yang kukuh. Saya tidak menghiraukan kata-kata orang di sekeliling, katalah saya tidak adil atau sebagainya, hanya allah yang tahu. Lagipun kata-kata orang tersebut bukannya boleh mengurangkan gaji saya di slip gaji atau bonus yang TNB berikan. 


Saya tidak dapat bayangkan hidup tanpa sokongan seorang ayah. Saya tentu akan hidup dalam kehilangan dan terasa sesuatu kehilangan. Walaupun saya tidak seberjaya kakak saya dalam kehidupan (kalau definasi kehidupan yang berjaya itu harus berkahwin dan ada anak-anak), saya tetap dipuji oleh ayah saya secara halus dan tidak ketara. Ayah memang begitu.


Kadang-kadang saya sangat putus asa dalam menghadapi hidup ini, bila saya lihat gambar mereka, saya sapu air mata dengan lengan baju seperti dalam drama swasta tersebut, he he he. Mereka adalah antara sebab saya mesti hidup...dan berjuang.

Memelihara anak-anak tentu sukar, lebih sukar dari menjinakan singa. Saya tabik pada bekas adik ipar saya.


Gambar ini dipukul sehari sebelum Najihah (saya panggil `kakak') berangkat ke Mesir. Dia tentu bersedih kerana terpaksa berpisah dengan emaknya dan dua orang adiknya, Najib dan Syafik.



Yang muka bulat dan putih sikit adalah Syafiq, saya juga mandikan dia semasa kecil, juga pernah basuh berak dia. Dia pakai baju gambar kucing. Saya beli baju itu di Sarawak.

Shafiq suka main bola. Saya selalu beritahu dia yang keturunan kita tidak ada yang berjaya dalam sukan atau perniagaan. Saya sendiri tidak tahu itu kata pendorong atau sebaliknya, heheh.


Yang hitam dan kurus adalah abang Syafiq. Najip orangnya kurus. Sekarang najib sudah teruna sunti. Sudah ada budak perempuan antar sms kepadanya pada waktu malam mengucapkan `i love you'. Sengaja saya mengecek telefon bimbitnya semasa dia tidur.

Apabila membaca sms tersebut, saya naik hairan dengan keberanian budak perempuan sekarang...



Sekian.

1 comment:

Nong Andy said...

saya tengok najib dan syafik ada iras-iras kamu encik pensyarah.. hehe..

ini betul...

.