Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Sunday, February 2, 2014

Sejarah penindasan umat islam di Myanmar

SUDAH beberapa hari berita mengenai nasib anak-anak pasangan dan pasangan Malaysia di Swedeng menjadi hangat dan digembar gemburkan di media massa. Berita tersebut berjaya menyejukan dan mengatasi berita mengenai penindasan yang galak terjadi kepada umat islam di Myanmar (Burma) ketika ini. (yang kata setengah daripada kawan-kawan saya ianya sepatutnya memberi lebih banyak iktibar berbanding berita-berita lain...)

Adakah hidup kita benar-benar bebas? Kita tolak ke tepi mengenai agama (atau imej agama) atau bangsa, jantina, kaum, kecenderungan seks dan segala maknikanya. Kita terus melihat dari segi kemanusiaan di mana manusia seharusnya bebas untuk melakukan apa sahaja, memilih apa sahaja selagi tidak memburukan orang lain dan norma-norma nilai setempat yang diamalkan. Hidup seharusnya bebas. 

Namun ada pihak yang tidak dapat lari dari sentimen agama. Maka sebab itulah umat islam di Myanmar sentiasa ditindas.

Myanmar yang mempunyai penduduk lebih besar daripada kita iaitu 48 juta orang yang juga terdiri daripada 15%nya adalah beragama islam. Seperti sejarah kedatangan islam kita, agama islam di bawa ke sana juga oleh pedagang-pedagang Arab. 



Kaum muslim Myanmar ini terdiri daripada kaum Rohingya bertempat duduk di wilayah Arakan. Dan kita juga tahu wilayah ini berpotensi besar dari segi ekonomi kerana terdapatnya minyak, gas dan serba hasil bumi lain.

Mengikut sejarah dunia negara Arakan ini telah pun sedia wujud pada tahun 1430. Maknanya ia sudah wujud selama ratusan tahun dahulu sehinggalah pada tahun 1743 golongan agama Budhha menakluki seluruh Burma. Dan dari sinilah bermula cerita mengenai penindasan dan kekejaman umat islam Arakan.

Sampai sekarang keadaan penindasan tersebut berterusan (penindasan ke atas kaum islam Rohinya). Merujuk kepada beberapa faktor, mungkin payah untuk mereka selamat dan menjadi maju semula kerana ketika selamat dan maju dahulu, mereka mungkin terlupa beberapa perkara. Sebuah kerajaan yang besar dan berjaya boleh berakhir dengan menjadi kuasa kecil dan sengsara. Samalah mungkin dengan keadaan kita kini yang sedang berada dalam kemajuan dan keselesaan....yang membuat kita alpa. 

Saya berpendapat masyarakat kita mungkin adalah antara masyarakat dunia yang paling rapuh dan nipis. Kemajuan membuatkan kita banyak merungut dan membebel. Kita jenis masyarakat yang melahirkan anak yang merungut apabila makanan tak sedap.... Isteri meradang bila suami tak berikan hadiah, atau suami rasa rendah diri sebab sahabat baiknya kawin lagi satu. masyarakat kita menjadi semakin pelik krisis batinnya.

Kita spesis masyarakat yang rasa seolah hendak kiamat apabila harga barang naik (tetapi tidak melakukan satu pun tindakan berjimat). Kita tidak pernah terfikir apalagi rasa bersyukur...kerana orang lain bukannya menghadapi masalah harga barang naik tetapi menghadapi masalah ketiadaan barang!.

Sejarah sepatutnya menjadikan kita lebih dewasa tetapi kita mungkin memang jenis tak makan diajar. Semoga kita semakin celek mata dan lebarkan telinga mengambil ikhtibar mengenai isu Rohingya

Jan: Semoga kita tidak terus buta dan tuli...Amin.

2 comments:

Mama4Aqil said...

yang pertama: Saya rasa org rohingya ini cantik. hurm..fotogenik kot.cuba bubuh makeup sikit..

kedua: melayu mudah lupa.

ketiga: sengsara? welcome to malaysia.hehehe. Luar dalam sengsara.

sukiman said...

he he he...setuju

   

.

.

.