Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, February 5, 2014

Saya sesumpah?

Seorang kawan rapat memberitahu saya seumpama sesumpah. Saya terus laju mengakuinya kerana ianya benar. Walaupun begitu saya menambah bahawa saya seekor sesumpah yang unik dan istimewa.



Secara purata, saya mempunyai lebih ramai kawan yang berpelajaran tinggi dan serius (dan dalam masa yang sama kadang-kadang membosankan). Mungkin keadaan dan tuntutan kerja saya begitu. Namun kawan-kawan di luar waktu kerja dan tiada kaitan dengan kerja saya amat mengujakan dan menarik. Mencabar.

Bila bersama kawan sekerja saya bertukar watak menjadi lebih serius, berpakaian skima, dan adakalanya merapikan rambut. Saya buat-buat (berpura) faham semua teori akademik yang kadang-kadang saya rasa mengarut sangat.

Namun dengan kawan-kawan saya di luar kerja saya lebih tidak terkawal. Saya lebih bebas. Seronok juga berkawan dengan orang yang tidak berpelajaran tinggi sebab hidup mereka kadang-kadang lebih `direct', ikhlas dan simple jea. Tiada persaingan... tiada KPI, he he he.

Salah seorang kawan baik saya hanya belajar di tingkatan 5 sahaja. Itu pun lingkup dalam SPMnya. Namun bila berada dengannya saya rasa dunia ini sangat simple. Mudah sangat.

Jan: terasa nak jadi burung...nak terbang jauh.

4 comments:

Genre Dari Langit said...

Kalau kawan dgn yg educated. Memang serba serbi kita nak jaga. Taknak la nmpak yg kita ni terkebelakang sgt..nak jaga darjat gitu hehehe..

Kawan dgn yg biasa2 ni mmg simple.. selesa.. sebab derang ni cepat bersyukur dgn apa adanya.
Kita boleh jadi diri sendiri dgn mereka ni..

Tapi diri kita yg sebenarnya mcm mana? Macam sesumpah? Hehehe...


Nong andy

Anonymous said...

itu bukan sesumpah...itu namanya flexible...hehe

Anonymous said...

Kita kena pandai sesuaikn diri dan nikmati hidup mengikut suasana...x pyh la susah pyh jd sesumpah..hihihi..

sukiman said...

apabila berada di luar waktu kerja, saya tidak suka membawa imej kepensyarahan saya...

saya individu yang berbeza...hehe

   

.

.

.