Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, February 20, 2014

Cinta seorang isteri...kasih sayang seorang ibu...

Saya tidak pernah melihat seorang perempuan yang sebegitu cemburu selain emak. Cemburunya adalah bertahap maksima. Dapat saya rasakan cemburu ini mungkin telah bermula mukim semenjak sejak emak belum diijabkabulkan dengan ayah, maksud saya semenjak emak jatuh hati.

Saya dapati emak selalu `melindungi' ayah dari `gangguan-gangguan' sekitaran. Setelah ayah saya menjadi kontraktor (kelas rendah sahaja), mak saya semakin begitu berperanan. Segala kuasa yang ada di dunia ini tidak akan dapat memadamkan rasa cemburu itu.
 
Apabila saya semakin dewasa, saya semakin faham tindakan emak saya tersebut sebenarnya `melindungi' rumahtanga, iaitu dunia seorang perempuan. Juga bermaksud melindungi anak-anaknya supaya berayah.

Rumahtangga adalah dunia besar bagi seorang perempuan. Rumahtanggalah hidup nyawa mereka, kasih saying mereka. Emak khuatir ayah akan `dirampas' atau `disambar' orang. Kata emak saya, tiada perempuan yang mahukan ayah saya kecuali sebab duit. Dan emak saya sempat memberikan hasil penelitian bahawasanya zaman sekarang susah nak kawal suami kerana gangguan luar semakin mengancam. Saya terus setuju 100%.

Emak saya pernah beritahu dia sudah semakin tua, dan dia bimbang ayah saya tidak lagi menyanyanginya. Apabila saya mendengarnya saya diam sahaja tetapi dalam hati saya tahu ayah saya sangat sayang kepada emak saya. Kalau ayah nak berkahwin lain dan tinggalkan kami sekeluarga, bila-bila masa sahaja dia boleh buat. Ramai lelaki seperti itu.

Mungkin setiap isteri yang setia `letih' mencintai suaminya, namun mereka meneruskan juga kerana cinta dan kasih sayang. Emmm...


Ayah dan mak semasa di Pulau Perhentian (zaman muda), semasa saya di sekolah rendah.
 
 
Emak saya pernah beritahu saya semasa dia berkahwin dengan ayah (hampir 50 tahun dahulu), ayah tidak bekerja dan tidak berharta. Kata mak, ayah saya kurus kering macam komunis. Dan emak saya kata mereka suami isteri sudah bersusah payah dari dahulu, dari awal perkahwinan. Emak saya pernah dihina kerana berlakikan orang yang tidak bekerja. Dan apabila semuanya sudah berjaya dan ayah saya sudah gemuk (he he he), tidak sesekali emak saya akan membiarkan orang lain merampas ayah saya. Dia akan tembak orang itu.
 
Sinario yang membawa emak bertambah bimbang adalah kerana kebanyakan kawan ayah saya pada masa tersebut ialah kontraktor. Kata emak kontraktor selalunya berkahwin dua atau mempunyai perempuan simpanan ( atau kedua-duanya sekali, he he). Memang beberapa kawan ayah berkahwin dua...
 
Emak ada sebab untuk khuatir. Emak saya kata ayah saya tidak handsum tetapi senyum manis. bagi saya ayah saya  menarik sifatnya. Ayah saya tidak seperti saya, ayah lebih moden, lebih berfikiran terbuka, lebih positif dan lebih pandai bergaya. Ayah juga boleh berbahasa inggeris dengan bagus sekali kerana dia bersekolah inggeris. Dan pernah saya diberitahu emak ayah saya akan berbahasa inggeris bila ada perempuan lawa yang berdekatan, he he he.
 
Saya berpendapat emak saya hidup dalam kebimbangan seumur hidupnya kerana cinta. Saya tidak ada jawapan mengapa emak saya berkelakuan begitu. Jawapan yang saya dapat beri adalah kerana cinta, kerana kasihkan anak-anak dan keluarga.

Ayah saya lebih beruntung, sayalah yang malang. Tiada sesiapa mencintai saya (sila baca dengan nada syahdu di perenggan ini kerana penulis seolah ingin meraih simpati melalui penulisannya...)

Walaupun kini ayah saya sudah tua 77 tahun, cemburu emak tidak pernah tua, emak masih tidak `melepaskan' ayah begitu sahaja.
 
Pernah emak menyelitkan pisau di pinggangnya dan pergi berjumpa dengan perempuan yang disyaki. Emak saya mungkin seperti saya. Kami rela mati kerana kasih sayang dan cita. Kami mungkin antara puak terakhir yang hanya bercinta sekali sahaja seumur hidup. Tragis betul.
 
Semasa saya menuntut di UM dahulu, ayah saya sering singgah berjumpa saya di asrama seksyen 17 UM. Sehinggakan kawan-kawan saya gelarkan saya anak manja (memang pun). Dan kadang-kadang apabila ayah tidak sempat ke asrama saya, ayah akan suruh saya pergi ke hotel tempat dia menginap dengan kawan-kawannya. Dan pertanyaan pertama emak saya apabila saya jumpa emak kemudiannya ialah:
 
"Ada perempuan tak masa jumpa ayah?".
 
Emak hidup dalam curiga, itu adalah pengorbanannya.
 
Jan: Mungkin jiwa seorang perempuan tidak pernah tenteram apabila mencintai...Allahualam.
 
 

1 comment:

Anonymous said...

Menggamit kenangan hehe

   

.

.

.