Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, February 19, 2014

Hendak panjang ke hendak bahagia? Atau kedua-duanya? Kalau kena pilih satu sahaja? Haaa...

Perkara yang nampak logik tidak semestinya senang dilakukan. Dan perkara yang senang dilakukan bukan semuanya logik.

Secara teorinya, kalau kita nak panjangkan jodoh senang sahaja. Apa saja laki kita buat kita terima, kita telan. Laki kita balik lewat, kita biar, laki kita joli kita buat lali jea, laki kita tak bertanggungwab kita tahan jea...kita tak kata apa.

Laki kita kata lauk tak sedap kita terus daftar kelas memasak. Laki kita kata kita gemuk terus kita minum herbalif setelaga. Laki kita simpan perempuan kita simpan hati (makan hati), kita pendamkan jea sedih hati (kita tidak istihar perang atau mengungkit-ungkit). Insyaalah rumahtangga kita akan berpanjangan. Dan untuk mendramatikan lagi atau syahdukan lagi, kalau laki kita gatal nak menikah lagi kita terus cepat-cepat  masuk meminang untuk laki kita. Hantaran kita sediakan. Haaa...

Tetapi bahagiakah kita? Rumahtangga jenis macam tu kah kita nak lalui? Haaa...

Sebenarnya kita mungkin boleh panjangkan tempoh perkahwinan tetapi kebahagian adalah cerita lain... Isu lain, perkara lain. Dunia lain planet lain.

Sebenarnya (sebenarnya lagi, huh!) senang supaya laki kita tidak tinggalkan kita (ingat ayat ini secara logic sahaja). Kita perlu  tidak melawan, kita tabah, pendamkan segalanya. Hasilnya? Taraaaaa rumah tangga kita berkekalan. Masyarakat Malaysia puji.
 
Saya pernah berjumpa dengan bekas ratu (tapi bukan Erra Fazira yea...). Suaminya orang yang sangat-sangat kaya kaki perempuan dan lelaki. Dalam seribu pergolokan, konflik dan skandal, dia tidak pernah diceraikan. Bekas ratu itu sudah tua dan beruban. Dia ada juga memberikan petua untuk memanjangkan jodoh.  Dan pada akhir ayatnya dia beritahu `tetapi kita kena makan hatilah...'.

 Dan kata-kata akhir itulah sebenarnya `syarat pertama'

Jan: Haaa...

2 comments:

Adie Achim said...

Selesai membaca secara marathon. Jika boleh saya ingin nobatkan ibu saya pejuang rumahtangga paling unggul. Berkahwin selama 52 tahun tetap utuh walau seribu dugaan dari ayah! salah satunya menjemput masuk girlfren ayah yang tunggu kat luar rumah (ayah tukar uniform nak kuar dating). Ibu siap buatkan air lagi. Saya tanyakan ibu tak sayang ayah ke? Ibu cakap yang penting anak-anak sentiasa ada orang tua di samping.

sukiman said...

kekuatan seorang perempuan sangat luarbiasa. Mereka bukan kuat angkat batu atau papan. atau berlari seratus meter atau tahan di tengah terik matahari... tabik untuk perempuan yang kuat dan tabah tersebut.

   

.

.

.