"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, March 5, 2013

Snow Cake (2006)





KALAU kita perhatikan di sekeliling kita dan sejenak berfikir, dunia ini memang aneh. Kalau kita banyak memerhati dan berfikir iannya bukan sahaja aneh tetapi ajaib. Saya belajar mengenai dua perkara ini dengan menontong filem `Snow Cake'. Saya percaya kehidupan di sekeliling kita ada yang aneh dan ada juga yang biasa-biasa sahaja.

Sigourney dalam filem Aliens


Saya `kenal' pelakon-pelakon utama filem ini. Sigourney Wearer saya kenal beliau lewati filem-filem `Aliens'nya. Alan Rickmen pula daripada siri 'Harry Porter'nya. Kata kawan saya kalau nak tahu cerita itu bagus atau tidak, setidak-tidaknya pelakon yang berlakon dalam filem tersebut kita kenali lakonannya. Saya beli (saya setuju/saya percaya).

Alan Rickman dalam Harry Porter 

Cerita ini cerita yang mengandungi banyak dialog. Tidak sesuai jika peminat filem suka cerita yang ada banyak babak bom meletup, tembak-menembak, seksi menyeksa dan babak kejar mengejar. Banyak dialog mungkin akan menyebabkan kita bosan jika kita tidak dapat mengikuti alur pemikiran pengarahnya. Haaa.

Saya beri cerita ini empat bintang. Banyak juga rupanya cerita orang putih yang bermesej dan cerdik. Saya bukan bermaksud semua filem Melayu bodoh-bodoh belaka. Bukan semua, kebanyakan kot. He he he.

Kepada saya, cerita ini mengajar saya supaya fehami kehidupan orang lain tidak seperti kehidupan kita. Dan juga mengajar saya kehidupan orang lain tidaklah mesti sama dengan kehidupan kita. Oleh itu janganlah memandai membuat penghakiman kalau kita hanya melihat kehidupan oarang lain dengan mata dan penuh perjudis. Mungkin kita lihat kehidupan orang lain teruk tetapi hakikatnya tidaklah seteruk mana. Dan mungkin pada hakikatnya kehidupan orang itu lebih ikhlas daripada kehidupan kita, haaa...

Namun begitu setiap orang ada pendapatnya sendiri. Mungkin orang lain akan mendapat pengajaran lain seperti:

1. Jangan tumpangkan orang dalam kereta kita nanti susahkan kita.
2. Pakailah cermin mata yang bersesuaian dengan raut muka kita. kalau tersilap kita nampak serius atau bermasalah. Nanti orang tidak mahu berkawan dengan kita sebab kita kelihatan tak friengli.
3. Salji boleh diminum.
4. Jangan buat-buat kononnya kita faham dengan perasaan orang tetapi sebenarnya kita tidak faham pun.
5. Pesakit Austim ada juga yang menjalani kehidupan yang lebih baik (jauh lebih baik) daripada orang normal.
6. mati hidup balik lelaki tidak akan menolok perempuan yang cantik.

Jan: Sedih bila tengok babak mak dia tengok mayat anaknya (mengecam mayat) di bilik mayat... terasa diri ini macam mayat hidup pulak.

5 comments:

Anonymous said...

sy beli n tgk cd ni a few years ago..sy sorang je yg tgk kot..hihihi
-trinitoo-

sukiman said...

saya baru beli minggu lepas. Balik muadzam terus tengok. Ada babak sedih.Sya suka.

cerita ni pasal hubungan antara manusia dan keluarga.

Anonymous said...

Filem 'The Green Mile' pun menarik. Adaptasi drpd novel Stephen King.

sukiman said...

saya tak tengok lagi filem tu, memang hajat nak tengok nanti.

Anonymous said...

green mile best..sila tgk.-trinitoo-

.