"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, March 18, 2013

Perayu undi PAS

Saya sudah menerima panggilan dari `perayu' undi. Panggilan dan SMS daripada kawan saya tersebut supaya saya mengundi PAS pada pilihanraya nanti. Katanya kalau tidak mahu mengundi PAS pun tak mengapa tapi jangan mengundi langsung pilihanraya ini.

Saya hanya ketawa sahaja. Kawan saya ini sejak di bangku sekolah lagi adalah penyokong  PAS. Malah dia ada kata kalau Tun Dr Mahathir datang jumpa dia pun, dia tidak akan mengundi PAS. Dia tidak sebut pulak perihal Najib atau Rosmah. Saya diam sahaja dan kekadang ketawa.

Yang saya pasti dia tidak lagi bercakap mahu membina negara islam atau mahu jalankan hukum hudud seperti sebelumnya. Dia mungkin sudah menukar strategi. Dia tidak sebut langsung kali ini. Pun begitu kali ini dia juga tidak mengutuk BN atau UMNO. Inilah kelainan dia kali ini sebagai perayu undi.

Saya dengar sahaja dan sesekali ketawa. Kawan saya ini saya kenal semenjak tingkatan empat lagi. Beliau sangat mencintai PAS daripada dahulu lagi dan tahu keluarga saya sangat UMNO, namun kami tetap sahabat baik.  


Tidak pernah sekalipun pendapat politik kami membelah persahabatan kami. Tidak pernah kerana kami mengutamakan silaturahim...demi agama, bangsa dan negara.

Jan: Saya pilih mengundi. 

1 comment:

MyFreeMinded said...

ialah pendapat aje yang berbeza, macam kita makan jugak, ada orang suka makan cheese cake tapi ada gak orang tak suka cheese cake, ada suka tomyam, tapi ada yang prefer sup ayam, so perbezaan dalam banyak perkara, tapi tak membezakan yang kita ni adalah manusia lemah. So just take it..

I like kaler Green.. Green world gitu..

.