"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, March 27, 2013

Kesimpulan muktamad Setiausaha Agung PBB mengenai penubuhan Malaysia

U Thant sebagai Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu

Berikut adalah antara kesimpulan yang dibuat oleh U Thant, Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu mengenai penubuhan negara Malaysia:

"Atas permintaan Kerajaan-kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Republik Indonesia dan Republik Filipina pada Ogos 1963, saya bersetuju untuk meninjau hasrat rakyat Sabah dan Sarawak sebelum Persekutuan Malaysia ditubuhkan. Seperti yang diketahui dalam perutusan saya yang bertarikh 8 Ogos 1963, satu utusan peninjau yang terdiri daripada dua pasukan telah ditubuhkan. Satu bagi pihak negeri Sarawak dan satu lagi bagi pihak negeri Sabah. Mereka bekerja di bawah penyeliaan wakil peribadi saya. Utusan ini sekarang telah pun menyempurnakan tugas peninjauan dan telah melapurkan kepada saya"

...

...Utusan peninjau itu telah mengaturkan rundingan-rundingan dengan rakyat wilayah-wilayah tersebut melalui wakil-wakil yang telah dipilih, pemimpin-pemimpin parti politik, dan lain-lain kumpulan dan pertubuhan dan dengan semua orang yang mahu menyatakan fikiran mereka. Segala usaha telah dibuat untuk menentukan hasrat kumpulan-kumpulan khas (orang-orang tahanan politik dan orang-orang yang tidak hadir) yang disebutkan dalam kenyataan bersama di Manila. Utusan peninjau itu telah mengumpulkan dan mengkaji semua surat tentang badan-badan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan politik, proses pilihanraya di kedua-dua wilayah itu dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan tugas kewajipannya."

....sesudah disemak dan dihalusi apa yang dilakukan oleh utusan peninjauan itu, maka kesimpulan saya ialah:

(a) Malaysia adalah satu soal yang telah diperbincangkan dengan hangatnya oleh orang ramai di merata-rata tempat dan telah menjadi satu perkara besar dalam pilihanraya-pilihanraya di kedua-dua wilayah itu baru-baru ini.

(b) Daftar-daftar pemilih telah disusun dengan betul.

(c) Pilihanraya-pilihanraya telah dijalankan dalam suasana yang cukup bebas yang membolehkan calon-calon dan parti-parti poliotik mengemukakan pendapat-pendapat mereka ...dan rakyat telah dapat menyatakan hasrat mereka denganebas dengan membuang undi dalam suatu sistem pengundian yang memberikan jaminan-jaminan bagi pengundian dijalankan secara sulit dan langkah-langkah diambil bagi mencegah dan membetulkan perbuatan-perbuatan curang.

(d) Pengundian telah dijalankan dengan sempurna dan undi dikira dengan betul

(e) Orang-orang yang berhak mengundi tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana berada di dalam tahanan  oleh sebab kegiatan politik atau dipenjarakan kerana kasalahan kealahan politik berjumlah kurang dari 100 orang di Sarawak dan lebih kurang lagi di Sabah....

(f) Utusan itu teklah membuat usaha yang khas untuk mendapatkan mmatlumat-maklumat yang boleh dipakai tentang orang-orang yang tidak ada dalam wilayah itu pada masa pilihanraya, terutama akibat daripada kemungkinan tekanan politik dan lain-lain. Bukti yang didapati menunjukan bilangan orang serupa itu yang berhak mengundi, tetapi tidak dapat mengundi tidak melebihi beberapa ratus orang dan bilangan ini tidaklah memberi kesan kepada keputusan pilihanraya. Saya perhatikan pagawai-pegawai kanan Parti Rakyat Bersatu Sarawak yang mentang Persekutuan Malaysia bersetuju dengan pendapat ini dan saya menerimanya.
....
....

 U Thanth yang berjasa


"Tugas yang saya jalankan ini adalah berpandukan kepada persetujuan yang dicapai oleh ketiga-tiga kerajaan yang mengambil bahagian dalam mesyuarat-mesyuarat di Manila. Kenyataan dari Republik Indonesia dan Republik Filipina menyatakan bahawa mereka akan mengalu-alukan penubuhan Malaysia kalau sekiranya sokongan daripada wilayah-wilayah ini ditinjau oleh saya"

....

" Sebelum saya menamatkan kesimpulan ini, saya suka menyapaikan penghargaan saya kepada wakil...

....

..."Peralihan wilayah-wilayah yang terjajah yang melalui proses menentukan nasib sendiri telah menjadi wilayah-wilayah yang bertaraf kerajaan sendiri, sama ada sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat...sentiasa menjadi satu daripada tujuan piagam dan cita-cita Bangsa-bangsa Bersatu"

"...saya benar-benar berharap semoga rakyat di wilayah-wilayah ini akan mencapai kemajuan dan kemakmurang di samping mencapai cita-cita mereka sebagai keluarga negara Malaysia"

P/s: Saya salin semula dari beberapa bahagian dari buku, Ibrahim Ismail (1992), Menuju Kelahiran Malaysia,  Cetakan Pertama, Edusystem Sdn Bhd, Syarikat Alat Tulis Soorama, Kuala Lumpur, M/s: 140-147.

Jan: Patut benarlah kita belajar sejarah negara kita, supaya kita menjadi dewasa...

2 comments:

Nong Andy said...

salin semula dari buku..

terima kasih banyak..


amat menghargai :)

sukiman said...

sebagai pengetahuan am sesama pembaca blog...

.