"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, March 21, 2013

Apa yang paling istimewa kerja di Shahputra?

Saya selalu ditanya soalan sebegini oleh kawan-kawan saya apabila saya memaklumkan pada suatu masa dulu saya pernah menjadi tenaga pengajar di Kolej Shahputra. Apabila melintasi Bangunan Kolej Shahputra (kini universiti kolej) saya akan berkata dengan bangganya:

"Dulu saya pernah bekerja di kolej ini"

Sebagai pensyarah di pusat pengajian bertaraf universiti saya merasa bertuah kerana saya tidak segera terus menjadi pensyarah seperti kebanyakan kawan baru saya. Saya mendaki satu persatu. Mungkin itulah takdir hidup saya kerana saya bukannya hebat. Atau sebenarnya saya hebat tetapi tuhan tahu apa yang terbaik untuk saya? (saya libatkan tuhan sikit dalam hal ini, biar rasa lega. he he he).

Saya pernah menjadi guru (berpeluang mengetahui sistem pendidikan Malaysia dengan detail), mengajar di kolej Shahputra (berpeluang mengetahui sistem UiTM, UTM, UPM, UNITAR dan Matrikulasi) dan akhirnya ke universiti swasta (mengetahui sistem UNITEN). mungkin suatu hari nanti bila ada rezeki saya akan ke universiti awam pula. He he he. Manalah taukan. Tuah Ziana Zain nampak di kening, tuah saya? Haaa...

Dari segi gaji dan kebajikan tentulah organisasi di tempat kerja saya sekarang lebih tinggi kadarnya. Namun bekerja di Kolej Shahputra tidaklah rendah gajinya. Malah kawan-kawan saya semuanya mampu membeli rumah, dan ada yang memiliki dua buah kereta. mampu berkahwin dan beranak pinak lagi, he he he.

Rezeki yang diterima kalau diurus mengikut kadar diri tentulah tak ada masalah. Saya masih ingat semasa saya ditawarkan bekerja di UNITEN sebenarnya saya dalam proses untuk membeli sebuah rumah di Indera Mahkota. Sebuah rumah teres lot tepi yang saya sendiri sewa (rumah berhantu).

Contoh design partision (partition)

Paling istimewa adalah kawan-kawan dan suasana kerjanya. Sampai ke hari ini ianya tiada bandingannya. Mungkin kerana kami hanya dipisahkan dengan partisiong, kami menjadi lebih mesra. Kami tahu cerita kawan kami seolah kami adik beradik. Kami tahu suami siapa gatal, isteri siapa cemburu gila, siapa takut bini, anak siapa dah darjah tiga tidak boleh membaca dan kami tahu banyak rahsia, he he he. Kami tahu sebab kalau ada masalah kami luahkan. He he he. Kami tidak rasa malu sebab masing-masing ada kelemahan. Kami agak rapat.

Dahulu kongsepnya `kami adalah sekeluarga'. Mungkin pada masa tersebut organisasi kecil. Bilangan pensyarah tidak ramai membuatkan kami rasa dekat sahaja di hati. Kalau kita beli pakai baju baru seluruh orang tahu, tak payah nak cat walk seluruh bangunan.

Kami berkawan baik juga selepas habis waktu kerja. Kami pergi berkelah di pantai dan bersantai. Di tempat kerja saya sekarang sangat berbeza, saya cuma duduk dalam bilik. Semua orang sibuk seolah kerja adalah segalanya. he he he. Ini komen saya jea...mungkin ada yang tak setuju. Bila di luar waktu kerja masing-masing balik rumah.

Semester ini saya tidak mengajar, maka ada kemungkinan besar saya tidak berjumpa manusia jika saya duduk dalam bilik sahaja. he he he. Namun begitu oleh kerana personaliti saya menarik maka adalah juga rakan-rakan pensyarah mengetuk bilik saya...(perasan). Mereka kata "Aku tak boleh duduk kalau tak tengok muka sukiman sehari"...

Sebenarnya saya tidak pakai `ilmu' apa-apa sama ada pelaris (bukan saya nak buka kedai makan) atau ilmu penarik seri (bukannya saya nak jadi artis). Cuma saya selalu suka mendengar keluhan hati kawan-kawan. Ada yang buat lawak tetapi taraf rendah dan tak kelakar pun saya buat-buat ketawa juga, he he he. Sebabnya? Bukan saya nak hipokrit tetapi saya nak dia bahagia. Muliakan sifat ini?

Kita kembali ke tajuk posting, posting ini bukan hal nak bangga diri tetapi cerita kawan-kawan di tempat kerja lama. hehehe.

Sehingga sekarang kawan-kawan baik saya masih ada yang bekerja di sana. Kat sini saya ada kawan juga tetapi tidak serapat di Kolej Shahputra. Mungkin suasana kerja berbeza. Saya faham tidak semua yang saya dapat sempurna...

Kepada kawan-kawan yang mengenali saya di Kolej Shahputra. Blog ini sebenarnya dibuat untuk kawan-kawan di sana... kemudiannya barulah blog ini mula merapu dan bercerita banyak perkara...

Jan: Sampai ke hari ini kenangan bekerja di Shahputra segar di ingatan... 

4 comments:

MyFreeMinded said...

Kenangan... Kalau keluar dari tempat sekarang ni maka tempat ini akan menjadi salah satu dari kenangan yang ada.

Anonymous said...

Many good memories suki.. That would be one the MAIN reason people stay..the sense of belonging that many others don't understand..dan started to fade with time..-trinitoo

YUYUE MELISSA said...

RAMAI KAWAN2 KATA BEST KEJE SANA...SY DH 4X ANTA RESUME. TAKDA REZEKI LG DIPANGGIL :)

zulaikha hani said...

Nak apply just anta resume kat situ yek..

.