Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, November 7, 2012

Habuan untuk mahasiswa yang pandai berjimat...


Apabila artikel sahabat saya keluar di surat khabar (bukan artikel di atas), saya dapati ramai yang tidak menyokongnya. Mungkin hampir 100% rakyat Malaysia tidak menyetujuinya. Mungkin ada rakyat Malaysia berkata sahabat saya tak berpijak di bumi nyata. Artikelnya menyatakan gaji RM500 pun mencukupi jika hidup dengan cara orang yang bergaji RM500. Dan kawan saya kata lagi kalau gaji RM5000 pun tidak cukup kalau hidup dengan gaya gaji RM6000. Saya tabik spring dan summer kepada kawan saya ini kerana bukan sebab dia beri daging kerbau kepada saya tetapi berani mengeluarkan pendapat yang tidak popular di  akhbar.  

Kalaulah saya pandai menulis, saya mahu juga masukan penulisan saya dalam akhbar. Saya mahu satu  ruangan khas lagi...he he he berangan. Kononnya nak didik masyarakat (sedangkan hati saya sendiri tak terdidik?, he he he).

Namun posting kali ini pasal mahasiswa bukan pasal kawan saya atau daging kerbau enak dimasak opor (makanan orang Pahang). Ianya pasal sikap mahasiswa. Saya dapati di tempat saya kerja, ramai pelajar menggunakan kenderaan ke kuliah. Sama ada kenderaan dia sendiri atau MBF (Mak Bapak Finance) saya tidak tahu. Saya ada menemubual seorang pelajar saya yang pakai Kancil, katanya Kancil tersebut ayah dia punya. Ayah dia pembawa teksi, maka ayah dia suruh dia gunakan Kancil untuk kemudahannya bergerak. Kancilnya sederhana sahaja, tidaklah ada pakai spot rem yang menonjol. Dan terdapat juga pelajar saya yang pakai kereta BMW, ada dua pintu jea. Dia beritahu ayah beri sebagai hadiah dia dapat masuk u. Pada masa itu saya tidak terkata. Untungnya dia. Dan yang lebih memikat hati saya, dia tetap sopan dan tidak berlagak. Menghormati saya.

Zaman sudah beredar dan pantas berubah. Sharifah Aini bukan lagi paling popular. Saya juga sudah tidak gemilang dan terkenal. Masa adalah penting dalam menuju kejayaan. Menunggu bas adalah membazir masa kepada sesetengah mahasiswa. Saya ulangi perkataan `sesetengah' agar pembaca tidak keliru nanti. Dan `sesetengah' mahasiswa adalah sangat positif dan berdisiplin, jauh laaaa kalau nak banding dengan kita sendiri yang rumah macam kandang...... dan kewangan macam kandang... Salah kalau kita sangka orang lain macam kita.

Terdapat pelajar yang simpan duit pinjaman sehingga boleh baiki rumahnya di kampung. Mahasiswa ini sangat berjimat. Rambut tidak warnakan (pakai duit), dia juga pakai kasut biasa (Pallas), baju biasa (namun tutup aurat). Dan dia biasa-biasa sahaja. Dia ada beritahu saya, dia tidak pakai baju yang harga RM50 ke atas. Seolah cerita dongeng kan? Haaa...anak siapa ini? Jurus sungguh perangainya. Dan yang paling maha mega kosmopolitannya dia seorang pelajar yang bijak. Ada pelajar sebegini, haaa. Ada.

Maka apabila saya lihat ada promosi menjual kereta untuk mahasiswa, saya anggap `sesetengah' pelajar berupaya dan layak menyambutnya (dan sesetengahnya sebaliknya). Maksud saya bukan semua mahasiswa, sesetengah sahaja. Bukan semua masyarakat boleh beri respon yang baik terhadap polisi atau dasar yang ada di pasaran. 



Kalau pelajar tersebut jenis `High Caparral' dan tak terdidik kewangannya. Guna pinjaman untuk beli Teady Bear sebesar gajah (untuk diberi kepada kekasih yang ke 4), selalu tukar telefon bimbit mahal, beli kamera keanon yang canggih, bercuti sana sini, berbaju mahal, dan serba gajah manika (seolah bersahsiah sebagai bukan pelajar) makan turun malaikat dari langgit pun tidak berguna, adanya. Mereka akan berhutang secara tidak bijak sehingga lupa bahawa PTPTN tersebut adalah hutang juga. Haa...

Kesimpulannya tepuk dada tanya selera, pergi restaurent mintak menu. Maksudnya bergantung kepada banyak situasi. Mampukah pelajar pakai kereta? Jawanpannya pelbagai kerana kedudukan kewangan keluarga mereka juga penting. Iaitu sama ada dapat menampung sedikit selain daripada duit pinjaman anaknya.

Dan kita sebagai mak bapak ni memang laaa tahu anak kita tu jenis yang mana, he he he. Jangan marah.

Jan: kalau rasa tak mampu tu, tak sah lah beli tak ada orang yang paksa. Tak perlu kagumkan jiran atau kekasih, huh!

4 comments:

Xora said...

pernah satu lif dengan seorang siswa, ditangannya ada ipad *(.. ke tab.. saya kurang pasti. tapi saya rasa yang terbaru mengikut perbualan dia dan sahabatnya) masa tu saya berharap sangat, jangan ada sesiapa yang telefon saya pada waktu itu, aih nak bandingkan gadget saya (eh bukan gadget pun. hanya layak disebut sbg telefon sahaja tanpa internet, mahupun fungsi lain sejajar dgn zaman yg serba maju ini) dengan dia, bagai langit dan bumi.

perenggan pertama tiada hubung kait, cuma nak menulis, setuju dengan pendapat Jan. Mungkin kebanyakkan siwa dan siswi terlupa, yang peratusan belia yang muflis semakin meningkat dan antara faktornya adalah pinjaman peribadi.

lama tidak meninggalkan komen di sini :)

Jankaulu said...

salam Xora...

terima kasih atas komen tersebut.

diana said...

Hmm.. Ms zmn student2 dlu mnyesal gak x saving duit. Ms tu dpt scholar jpa rs cam nk beli satu dunia. (w/pun xsbyk mna..) Haha. Mmg dlu xplan lngsung nk smpan utk ms dpan. Tp skrg bla da start stahun jagung krja, br la rs btapa sshnya nk dpt & kmpul duit. Dlu xreti appreciate dpt free2..skrg br tau. Huhu. So skrg sy br nk blajar saving. Better late than never.. :)

Jankaulu said...

Saya sokong diana... Saya pun tahun 2013 nanti temanya adalah `menyimpan sebelum disimpan'

yg penting kita ada niat dan cuba...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home