"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Saturday, November 3, 2012

Majlis Konvokesyen UNITEN ke-15, part 2


Sebelum perarakan besar yang terdiri daripada orang besar-besar canselor, pro canselor dan naib canselor dan jemaah pengurusan, perarakan kecil terlebih dahulu akan masuk ke dewan. Perarakan kecil ini terdiri daripada para pensyarah. Saya dan kawan-kawan berjalan perlahan masuk ke dewan yang sudah dipenuhi oleh mahasiswa dan ibubapa.
Ini kali ketiga saya sebagai pensyarah berjalan di atas karpet merah tersebut. Sambil-sambil tu saya asyik membetulkan jubah saya. Memakai jubah sebegitu membuatkan saya nampak gemuk. Mortar Board (topi) saya menutup rambut saya. Saya bak penyu sedang berdiri. 
Oleh kerana muka saya nampak macam kartun, saya buat-buat serius. Saya berpendapat pasti ramai ibubapa melihat pensyarah yang mungkin mengajar anak-anak mereka. Saya pulak tidak nampak hebat, muka saya tak ada jambang atau janggut yang lebat. Saya tidak nampak seperti seorang yang berilmu. Saya kelihatan spontan, he he he.
Saya terus berjalan sambil berbual dengan kawan saya untuk menghilangkan debaran. Maklumlah ada 2 skrin besar di dalam dewan yang menayangkan perjalanan kami.
Dan bila sampai ditempat yang dikhaskan saya pun duduk. Saya rasa semacam sahaja sebab saya kena duduk selama 3 jam!. Duduk di hadapan pentas ni akan menyukarkan saya untuk berbual dengan kawan-kawan atau mengorek hidung. Namun kalau duduk di atas pentas, tentu lagi kena kontrol. Kesian dekan saya kan? he  he he.
Dalam masa 3 jam tersebut banyak yang saya fikir termasuk mahu sambung PHD, dan sambung dapur rumah. He he he...
Saya berpendapat pasti ibubapa bangga anak mereka akhirnya bergraduat. Ibubapa mungkin lebih seronok dari pelajar. Ini hari penting kepada mereka. Tahniah untuk ibubapa.

Tahniah juga kepada pelajar. Saya doakan para pelajar berjaya menghadapi cabaran hidup sebab belajar  di u satu hal, belajar di luar u satu hal yang berbeza... Semoga pelajar saya berjaya.

3 comments:

Nong Andy said...

dulu saya berada di tempat "pelajar"

Kini saya berada di tempat
"IBU BAPA"

saya sedang membayangkan perasaan saya bila suatu hari nanti menghadiri majlis konvo anak saya.. Oh! membayangkan cukup buat saya teruja.. entah bagaimana pula rasanya bila hari itu tiba..

sukiman said...

insyallah...hari itu akan tiba. Pasti tidak terkata bestnya.

Fatini Azmi said...

Sir sukiman.. Pernah mengajar sy microeconomic.. 16/8/2014 sy juga akn berkonvo.. Hati rase berdebar, sebak, gembira dan terharu.. Perjalanan dr foudation ke segulung ijazah penuh dengan suka dan duka.. Dugaan itu manis rupe nye ;) AHamdulillah, syukur. Terima kasih pensyarah uniten muadzam shah. ;)

.