"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, November 2, 2012

Drama sebabak Gafim dan Finas FFM 25


 
"KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) menggesa Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Mohd Naguib Razak untuk memperjelaskan punca persatuan gabungan itu diketepikan daripada menganjurkan Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM) yang bakal diadakan pada 30 Disember depan.
Setiausaha Agung Gafim, Yusof Kelana berkata, pihaknya tertanya-tanya dan terkilan dengan tindakan Finas mengenepikan hak mereka untuk bersama-sama menganjurkan festival itu yang selama ini diberi mandat menganjurkan acara berprestij itu sejak tahun 1986."
.......
Saya tidak mahu masuk campur dalam `drama sebabak' di atas. Itu saya ambik dari berita yang dilaporkan, saja buat tajuk bernada gimik. Bagi saya (yang bukan orang filem ni), saya tidak kira pihak mana yang anjur, Gafim ke, Finas ke atau Zoo Negara ke yang anjur FFM ke 25 tersebut. Yang penting penjurian  mestilah adil dan bersifat terbuka. Tidak menjadi sebagai pesta memberi hadiah semoga semua orang berpuashati. Maksud saya kena adil... Yaaa setiap keputusan mestilah ada yang tidak akan berpuas hati tetapi kira-kira berpatuttanlah...hehehe.
 
Sebenarnya semenjak Era Fazira menang sebagai pelakon wanita terbaik, saya terus hilang kepercayaan atas FFM ini. Malas saya nak ulas mutu lakonan dan nyanyian Era Fazira kerana saya rasa semua orang tahu akan keupayaan beliau. Saya juga peminat Era fazira tetapi bukan sebab lakonan atau nyanyian tetapi atas dasar personaliti dan dunia peragaannya.
 
Setiap juri bertanggungjawab dalam meletakan sesuatu pada tempatnya. Sekali lagi saya rasa malas nak ulas, tetapi tetap mengada-ngada hendak menulis. Mengapa? Kerana filem bukan sahaja sebagai alat hiburan semata-mata.
 
Jan: Tolonglah pisahkan populariti daripada kualiti... dan pilih kualiti!
 
 

No comments:

.