Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, October 23, 2012

Simpulan bahasa dua perkataan

Hari ini saya mahu perkenalkan beberapa simpulan bahasa yang merujuk kepada perkataan `anak'. Simpulan bahasa yang saya pilih adalah daripada dua jenis perkataan. Contohnya, `anak angkat'. Makna `anak angkat' bukanlah bermakna kita angkat anak jiran kita dan masukannya ke dalam tong sampah (sebab pecahkan pasu kita), tetapi ia merujuk kepada anak peliharaan, perilaku sesebuah keluarga memelihara anak orang lain.

Kita lihat `simpulan bahasa anak' ini, antaranya:

Anak Adam
Merujuk kepada umat manusia
Jenifer Lopez, Brat Pit dan Ning Baizura juga merupakan anak Adam.

Anak baju
Baju yang dipakai di bahagian dalam, sebelum kita pakai baju.
Ustad Nazri selalu mengingatkan pelajar perempuan supaya memakai anak baju supaya batinnya tidak terganggu semasa mengendalikan kelas al quran. Ustad pun ada nafsu.

Anak buah
Merujuk kepada anak saudara
Jankaulu amat bimbangkan pelajaran anak saudaranya iaitu Najib sebab belajar di sekolah yang tercorot pencapaiannya dalam daerah.

Anak bukit
Merujuk kepada bukit kecil
Setelah putus tunang, hidup Nabila tidak seperti dulu. Dia menjadi pendiam dan selalu merayau di anak bukit yang berada di belakang rumah ibu tirinya. Bila magrib baru Nabila pulang ke rumahnya. Sebenarnya kita tidak boleh sayang sangat kepada manusia. Kita boleh pelihara binatang kesayangan.

Anak dagang
Seseorang yang bukan penduduk asal, ia berasal dari tempat lain.
Walaupun Jankaulu merupakan anak dagang, namun dia diterima ramai oleh orang Muadzam. Beliau pandai membawa diri, mengambil hati orang sehingga tiada sorang pun tahu dia sebenarnya makan hati.

Anak hitam
Anak yang ketujuh
Rosmaria yang pandai jahit baju kurung itu merupakan anak hitam kepada Pak Halim. Sekarang dia sudah janda. Bangla tersebut sudah balik Bangeladesh.


Anak jantan
Merujuk kepada lelaki yang sangat berani
"Kalau awak betul-betul anak jantan, mari kita berlawan" Kata Razman yang sengaja tunjuk berani di depan Cik Mawar yang berkebetulan lalu di situ. Kebetulan juga Cik Mawar pergi beli kelapa parut kerana nak buat pajeri nenas.

Anak jati
Orang yang berasal dari tempat tersebut
"Saya anak jati Kampung Raja" Kata Jankaulu sambil bersalaman dengan Pak Sue Andak. Sambil matanya melilau melihat pinggang mangkuk lama (PML) di dalam almari di ruang tamu. Dia sekarang sedang giat mengumpul PML sebagai program untuk sibukan diri untuk melupakan kisah silam. Hanya allah tahu apa yang terjadi...

Anak kacukan
Anak yang ibubapanya berlainan bangsa.
"Tidak benar la anak kacukan ni pandai bila belajar, tengok Rozmong tu, bodoh jea" Kata Dr Amalis seorang pensyarah kimia dari jabatan sains yang juga merupakan anak kacukan.

Anak kencing
Anak yang lahir tanpa penikahan/anak luar nikah
Tiada siapa yang tahu bilal Maid tu adalah seorang anak kencing. Pak Musa yang jumpa Maid dekat tong sampah ketika bininya yang garang itu menyuruhnya buang sampah yang sudah tiga hari ada di dapur.

Anak patung
Boneka
Rosmah tersenyum simpul apabila dipuji mukanya cantik macam anak patung barbi. Sedangkan seumur hidup dia tidak pernah melihat anak patung tersebut sebab ayahnya selalu beli anak patung yang murah jea. Made in China.

Anak rambut
Rambut halus yang tumbuh di atas dahi tepi rambut kasar
"Kalau pakai tudung pakailah elok-elok, jangan sampai nampak anak rambut. Pakai biar sempurna, kalau tak jangan pakai." Kata Nurjuma kepada Siti Nurhasliza.

Anak syarikat
Syarikat yang dimiliki oleh syarikat yang lebih besar.
Kata kawan saya, beliau bukanlah pekerja TNB kerana UNITEN hanya merupakan anak syarikat kepada TNB.

Anak wayang
Pelakon wayang gambar atau penyanyi
" Kalau nak jadi anak wayang kenalah muka cantik, bukannya muka seposen macam awak" Kata Kamariah kepada Liza yang mahu menjadi anak wayang. Kamariah geli melihat muka Liza yang bertepek-wek dengan jerawat. 

Anak menantu
Isteri atau suami kepada anak-anak sendiri
Puan Rogayah merasa hampa kerana pada hari raya yang lalu semua anak menantunya tidak beri duit raya kepadanya. Sedangkan semua anak menantunya bergaji besar dan kuat melawa.


Perkataan `anak' sebenarnya boleh juga menjadi simpulan bahasa, haaa, contohnya:

Anak
Anak juga merujuk kepada orang
Saya anak Malaysia bermakna saya orang Malaysia.

Sekian sahaja buat kali ini, jika ada yang tersalah di dalam simpulan bahasa ini, harap dapat ditegur agar saya dapat membaikinya.

Jan: `anak bujang'? He he he






2 comments:

Nong Andy said...

anak hitam tu baru sy tahu

wawadave said...

anak aku!

Tu reaksi dari mulut seseorang bila masa anak seseorg nk terjatuh atau hmpir terjadi pape "incident". Cth:

Anak Pn Anum telah terjatuh sedang dia bertatih..abang budak itu secara spontan mmbuat statement; "ya Allah, anak aku"..(hihhi..walaupun bdk itu adiknya)

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home