"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, October 2, 2012

Gambar raya 2012


Saya buka file gambar, terjumpa gambar raya 2012. Seingat saya tahun ni saya tak letak lagi gambar raya 2012. Raya tahun ini saya sedikit pulih. Saya buat keputusan raya tahun ini lebih best dari tahun lepas. Gambar di atas adalah gambar anak-anak saudara saya.

Oleh kerana saya tak kawin-kawin, hubungan saya dan anak saudara rapat.



Ini gambar saya dan ayahibu, dan adik beradik. Adik lelaki saya tak ada, dia dan bininya tak ada pada masa ini.


Gambar di atas, saya buat-buat mengada tetapi dalam hati hanya allah yang tahu. Hanya allah... Kata kawan saya kita kena gembira pada hariraya.


Ini anak saudara saya yang nakal sekali, lihat songkoknnya. Saya bimbang akan pelajarannya sebab dia bersekolah di sekolah yang tak `seberapa' keputusan peperiksaannya. Gambar itu adalah emak saya beri duit raya pada Najib. Sebenarnya dalam sampul yang mak saya beri pada hari raya itu adalah duit saya. Adik beradik saya pun tak tahu...



Ini gambar saya dan mak saya. Kalau orang lain konon nak sehidup semati (konon) dengan pasangan masing-masing tetapi tidak bagi saya. Saya mahu sehidup semati dengan mak saya. Suami/isteri, ibumertua, ayah mertua, mak cik kantin, ipai durai boleh dicari...ayah dan ibu tiada galang gantinya...

Mungkin ada yang tak setuju dengan apa yang saya tulis, tetapi saya peduli apa...


Ini bekas adik ipar saya. Saya tabik spring kerana dalam kesusahan hati dan hidup ini dia berjaya jaga anak-anaknya. Setakat ini alhamdulilah. Tak ada lagi yang jadi bohsia dan bohjan macam anak kawan saya. Saya bersyukur sangat-sangat.


Ini gambar saya ke rumah sebelah rumah saya untuk berhari raya, iaitu rumah pak saudara saya. Rumah dia jamu satey. Pada mulanya say tenung saja satey tersebut, kemudian saya kalah...saya cuma makan 8 cucuk.


Dengan 7 orang anak saudara inilah saya menumpang kasih dan sayang (sedih pulak rasa). Setiap seorang ada perangai masing-masing. Saya kena pakai banyak topi. Kepada yang kecil saya tegas sikit.

keluarga saya bukanlah kaya dan sempurna, namun kami perkayakan dengan kasih sayang...(alamak sedih lagi...)

Jan: Tanpa keluarga, kita tak ke mana kan? Haaa.

2 comments:

Adie Achim said...

Dari wajah2 anak saudara abg.Jan, terpancar kasih dan sayang
terhadap pakcik mereka.

sukiman said...

he he he...terharu adie...tapi mereka berada jauh di utara. Jumpa tak selalu...

.