"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, October 22, 2012

Kerja feminim?

Hujung minggu saya aktif membuat kerja mengemas rumah, membasuh dan mengelap apa yang patut. Pada masa ini juga kalau saya rajin saya tepek muka saya dengan lendir lidah buaya yang dicampur sengkuang. Kononnya nak awet muda?

Hujung minggu juga saya membaja pokok lada yang saya beli di pasar minggu. Seronok melihat pokok lada saya membesar. Kawan saya terkejut apabila melihat pokok lada yang saya beli dengannya bertambah subur dan besar. Kawan saya kata tangan saya sejuk...

Namun posting ini bukannya pasal hendak menyohol pokok lada saya sudah besar tetapi perihal penglibatan saya dengan kerja-kerja feminim. Sebenarnya saya sendiri tidak setuju dengan konsep kerja-kerja feminim ni sebab bagi saya dunia sudah maju. Konsep ini tidaklah patut digunakan lagi bila merujuk kepada kerja yang wajib kita lakukan. Lebih-lebih lagi saya hidup sorang. Contohnya, pabila butang baju tercabut, sayalah yang menjahitnya semula. Haaa.

Saya selalu mengemaskan dapur saya yang berselerak sebab saya tidak kemas orangnya. Semakin saya tua, semakin saya rasa malas, he he he. Saya memang gunakan hujung minggu untuk bersihkan segala-galanya supaya rumah saya nampak rumah manusia, bukannya rumah beruang.

Gambar ini bukan saya, punggung saya lebih besar, he he he.

Kerja feminim merujuk kepada kerja yang bersifat kewanitaan ataupun bersifat keperempuanan. Dengan cara kehidupan saya ini, saya sudah tidak tahu yang mana satu kerja feminim dan mana satu kerja maskulin. Semua kerja saya harus lakukan sendiri termasuk bersihkan peti ais dan pasang cadar atau langsir. Saya rasa kesal dengan sifat masyarakat yang suka melabel. Semua nak dilabelkan, saya bukannya printer atau baju!

Namun saya masih juga agak segan bila melawat tempat sarung bantal dan cadar di pusat membeli belah. Semuanya perempuan, saya seorang sahaja yang handsum. Namun saya kenalah beli juga bantal baru, cadar baru dan langsir baru. Untuk membezakan antara rumah saya bukannya kandang beruang.

Tidak ada apa sangat yang istimewa dalam hidup saya. tidak juga banyak pencapaian yang besar saya raih. Namun antara kerja hakiki saya dalam kehidupan ialah menguruskan segalanya. Pencapaian dalam menguruskan tempat tinggal.

Jan: di rumah, sayalah feminim dan saya jugalah maskulum, eh sori, maskulin.

1 comment:

Nong Andy said...

macam biasa.. bila baca mesti gelak sendiri hehehe...

.