"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, January 12, 2011

Tudung labuh...

Saya teringat kisah saya terteman kakak saya ke kedai tudung yang ada di sekitar Kuantan pada akhir tahun lalu. Kakak saya kena setemakan tudung dengan baju yang dia beli. Dia nak pergi majlis makan malam. Maklumlah akhir tahun ada diner sana sini.

Saya mengikut sahaja, lama saya tak ke kedai tudung sebab saya bukan lagi penjual tudung atau kain pasang. Sampai di kedai tudung saya beria mencadangkan sebuah tudung yang cantik dan sesuai benar dipadamkan dengan baju yang baru dibeli tadi, yang juga dibeli khas untuk majlis makan malam ni.

Tudung itu cantik, tak modern sangat dan tak tradisi sangat. Kelas gitu untuk wanita moden macam kakak saya ni. Saya ambik tudung tersebut dan ajukan kepada kakak saya dengan bersemangat. Lalu dia berkata:

" Eh, singkat tudung ni, nanti nampak kopek! Tok leh...cari yang labuh"

Saya terkedu seminit dan kembali tawaduk... Lantas saya teringat kata-kata ustazah saya masa belajar di sekolah menengah dulu:

" Molek sangat napok kopek! nok tunjuk ke orang?" Kata ustazah bernada marah kepada kawan saya si Halimah (bukan nama sebenar, hanya nama samaran sebab kalau beri nama sebenar nanti malu pulak Halimah. Sebenarnya Halimah ni kopek dia besar sedikit berbanding dengan kawan-kawan saya yang lain, maka tak elok kalau pakai tudung kecil. Itulah agaknya diperkatakan oleh ustazah kami).

Ustazah tersebut beritahu eloklah dilabuhkan tudung menutupi dada sama ada kopek besar atau kecil, nanti jadi santapan rohani bagi lelaki liar.

Jan: Lelaki jinak...

No comments:

.