"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, January 14, 2011

Bodoh, bengap! (edit semula)


" Mengapa bodoh sangat ni? mak dah kata jangan usik. Bengap ke? " Herdik seorang wanita di hadapan saya. Terkejut saya. Wanita tersebut mungkin dalam lingkungan usia awal 30an. Daripada gaya pemakaiannya seperti orang bekerja. Berpakainnya kemas dan bertudung bawal. Mungkin cikgu atau bekerja di pejabat.


Bukan main marah dia kepada anaknya. Saya tahu bila anak buat salah kita kena marah. Saya setuju sangat. Tak kan bila anak buat salah kita beri hadiah... anak buat salah kita beri hadiah.


Marah adalah suatu unsur penting dalam mendidik anak-anak, cuma kemarahan tersebut mestilah dikawal. Marah memberi panduan dan menunjukan kita tidak suka terhadap perbuatan anak kita. Namun jika marah keterlaluan sehingga kita pun mula nak meloncat dan gunakan kata-kata yang kasar, saya tak setuju. Saya tak setuju jika mana-mana ibubapa berbuat demikian.


Mesti malu kena marah


Saya lihat budak yang dimarahinya sudah besar dah, mungkin dalam darjah satu kot. Bila dimarah begitu rupa, disinga begitu berang tentulah dia rasa malu. Dan saya tengok peristiwa tadi juga disaksikan ramai orang yang turut beratur untuk cocoh duit di ATM. Ramai juga yang melihat drama sebabak tersebut sebab tahap kemarahan perempuan tersebut melampau. Macam ibu tiri Snow White.

Namun tidak bermakna kalau anak kita kecil kita boleh marahkan dia di hadapan orang sebegitu rupa.


Susah saya nak menulis hal ini. Susah saya nak simpulkan. Cuma cuba kita letak diri kita pada budak tersebut. Kalau kita marahi anak kecil, apalah dia tahu sangat. Kenalah banyak bersabar jika anak kecil, dia kurang akal. Dalam kes saya ini budak tersebut sudah besar dan tentulah dia malu dimarah ibunya (di marahi dengan kuat sehingga sampai ke kereta...).


Saya ada terlintas mungkin budak itu hanya anak angkatnya, atau anak suaminya dengan bini lain. Tetapi sekali lagi saya pandu pemikiran saya dengan berkata kalau anak angkat pun tak bolehlah buat begitu.


Cerita Suraya


Saya berpendapat jangan guna perkataan negatif terhadap anak-anak. Ia memberikan kesan yang tidak baik pada jiwa anak-anak kita. Saya ada suatu cerita, entah bertepatan tidak dengan isu yang saya mahu ketengahkan.

Saya ada seorang kawan perempuan (bukan kawan baikt) semasa di tingkatan enam dahulu (lebih 20 tahun lepas). Dia diam sahaja di dalam kelas seolah menanggung beban yang besar. Apabila beberapa kawan-kawan saya yang lain mendapat bantuan bayaran STPM dan Suraya tak dapat, saya jadi gusar sebab saya tahu Suraya layak terima bantuan. Saya mahu berjumpa dengan pengetua dan mahu pengetua pertimbangkan balik keputusan yang telah dibuat. Sebelum itu saya mesti dapatkan data peribadinya, senang saya nak bercerita pada pengetua nanti. Saya tanya kawan-kawan rapat Suraya.


Kawan-kawan rapatnya beritahu Suraya memang tak ada duit mahu bayar STPM. Masa rehat makan roti sahaja. setiap kali minta duit daripada ayahnya terus dia dimaki hamun. Bodoh, bangap dan habiskan duit adalah sudah sebati ditelinganya. begitulah cerita kawan baik Suraya kepada saya.


Ayah sumpah tiap-tiap hari


Kawan baik Suraya beritahu suatu hari ketika dia nak ke rumah Suraya (bukan nama sebenar, walaupun dah 20 tahun berlalu saya tak naklah guna nama sebenar sebab rasa kesian pulak kepada dia. kalu guna nama sebenar rasa bersalah pulak. Biarlah saya guna nama buat-buatan iaitu Suraya. Dulu kumpulan Headwind yang popular pada tahun 80an ada lagu bertajuk Suraya. Best jugak lagu itu, jenis slow. Kalau kita dengar lagu tersebut terbawa pada zaman muda-muda. Pembaca yang seusia dengan saya pasti kenal lagu tersebut tetapi anak muda zaman sekarang, entahlah...), dia ada terdengar ayah Suraya marahkan Suraya:

"Kalu nok ngaji duit jangan mitok dgn aku, ngaji guano, mung tu bodoh, wat ngabis duit!".


Begitulah kawan saya beritahu penderitaan hidup Suraya. Sebenarnya ayah Suraya berbini dua. Dan saya diberitahu bini muda kontrol semua duit ayah Suraya. Masa ayah suraya berbini dua, Suraya masih kecil lagi. Rumahtangga ayah dan mak Suraya rokrak sokmo (selalu bertengkar) tetapi mereka tidak bercerai. Emak Suraya tetap sayangkan ayah Suraya (pelik kan?). Sekarang emak Suraya (bini pertama) pulak tanggung ayah Suraya. Pelik saya nak cerita, komplek sangat rumahtangga ayah dan mak Suraya (kalau kita cerita kepada orang-orang barat di negara maju, mati hidup balik dia tak percaya).
Itulah sebab ayah Suraya tak ada duit dan tak bertanggungjawab.
Duit tak cukup, adik beradik beriok


Mak Suraya kerja ambik upah jahit baju dan buat kueh letak di kedai. Duit memang tak cukup sebab adik beradik Suraya beriok (ramai). Saya naik bersemangat, saya mesti jumpa pengetua dan beritahu bagaimana kehidupan sebenar Suraya. Suraya patut dapat bantuan untuk bayar STPM! Kalau tidak saya akan bongkarkan mengapa anak cikgu dapat? Suraya tak dapat? Saya akan cerita kepada pengetua ayah Suraya memang seorang yang tak guna.

Kesian Suraya


Namun dientry ini saya bukan nak bercerita pasal penderitaan Suraya atau saya yang bersemangat nak bela nasib Suraya hingga tulis surat dan jumpa pengetua. Ada sesuatu yang lain saya nak sampaikan...

Di dalam kelas Suraya bukanlah pelajar yang cerdik (rupa pun kurang...). Kalau cikgu mengajar dia seolah bler jea 24 jam. Dia pendiam dan sangat sederhana. Kawan baik Suraya beritahu Suraya sangat takut kepada ayahnya dan mungkin sebab selalu dimaki dan dihina Suraya jadi bingung dan tak dapat study dengan baik (walaupun dia bersemangat mahu masuk U).


Saya tak tahu apa kesudahan dengan nasib Suraya sehinggalah semasa saya balik kampung cuti penggal pertama universiti, saya ada terjumpa kawan baik Suraya di Jerteh masa saya nak beli pembersih muka AVON. Kawan baik Suraya beritahu Suraya ada berpesan... " Kalu jumpa Sukiman pesan ke dio, terima kasih banyok sebab tulong ari tu... Mitok maaf banyok kalu ada saloh silap" .


Kemudian kawan baik Suraya beritahu Suraya tak dapat satu Prinsiple pun dalam STPMnya. Semua subjek bungkus.


Saya tak terkejut...


Jan: Kalau kita selalu kata anak kita bodoh, dia akan jadi bodoh...sebab ia adalah suatu psikologi jiwa. Kan?

No comments:

.