"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, January 20, 2011

Everyone is a mung...

Saya bukannya sempurna, jauh berkiloan daripada sempurna. Kata orang putih "Everyone is a moon and has a dark side which he never shows to anyone"...dan secara ekslusifnya saya memaparkan satu daripada `dark side' saya...

.




Dua keping gambar di atas diemailkan oleh adik perempuan saya. Gambar yang menjadi bukti betapa hitam dan buruknya hati saya dalam membuat beberapa penilaian perasaan dalam beberapa episod hidup saya. Gambar dia atas adalah gambar dua anak saudara saya (anak kepada adik lelaki saya) yang saya tidak pernah akuinya bahawa mereka wujud!.
Hinggalah raya tahun lalu hati saya terbuka untuk melupakan segalanya (kuasa tuhan), saya mahu menjadi insan yang lebih baik. Saya tidak pernah tengok mereka daripada kecil sehinggalah malam keesokan raya nan lalu.
Sebelum ini 5 sen pun saya tak pernah habiskan duit untuk mereka, saya fokuskan kepada anak saudara kesukaan saya sahaja... Tetapi kini entahlah, mungkin tuhan telah membuka hati saya yang hitam (saya libatkan tuhan). Saya pun dah 40an, hati bertambah lembut...saya terpaksa mengakui ada orang sanggup meruntuhkan kebahagian orang untuk membina kebahagiaan sendiri.
Semasa mereka bayi lagi saya pernah beritahu mak saya, jika saya balik kampung ada baby walker mereka, saya akan tendang masuk ke kolam... Buruknya perangai saya, amarah saya menggila...
Tetapi setelah sesuatu maha bernilai hilang terus daripada hidup saya, apabila saya seolah tak berdaya melihat esoknya...banyak tanggapan saya mulai berubah... Saya tak apa belaka, buatlah sesuka hati kepada saya, saya akan bersabar selalu...mungkin tuhan mahu saya bersabar selalu (saya libatkan tuhan lagi).
Jan: banyak lagi the dark side lain...harap pembaca masih sudi membaca blog ini...

3 comments:

amilia said...

Cik sukiman saya dah try duk senyap senyap je baca crita cik sukiman yang ni...tapi saya tak bleh la tahan saya nak tanya jugak jugak...napa tak suka ngan budak dua orang ni?

sukiman said...

saya tak boleh beritahu nanti banyak hati-hati yang terluka.

cuma pesan saya dalam hidup ini jangan sesekali kita bina kebahagian dengan menghancuran kebahagian hidup orang lain... kesannya banyak dan akhirnya menerpa kita kembali.

kita akan banyak menghancurkan hati orang jika kita teruskan niat pentingkan diri kita tersebut...

dan antara hati yang hancur adalah hati mak saya dan hati saya...dan bila saya terluka saya akan berubah perangai sehingga saya sendiri menjadi negatif...sangat negatif.

saya harap jawapan ini memuaskan, inilah saja jawapan yang terbaik...buleh saya beri.

Abah Mui'zz said...

Mang, betul dah apa mu buat tu.

Teruskan jadi manusia baik dan lurus (baca dengan nada yg positif) setakat yg aku pernah kenal. Mu istimewa dengan cara mu sendiri.

Maafkan manusia, walau apa pun mereka buat pada kita, kerana diakhirnya, ketenangan akan jadi hak kita.

.