Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

JANgan KAU LUpa...

.

.

Tuesday, April 27, 2010

Grill Rumah...

Saya tahu fungsi gril rumah hanyalah sebagai melambatkan proses pencerobohan. Ia tidak boleh menjadi jaminan rumah tersebut tidak dimasuki pencuri, perompak atau perogol berjadual.
Saya juga tahu setiap rumah boleh dimasuki dengan cara yang tertentu, contohnya ikut bumbung rumah. Maknanya gril bukanlah perlindungan setahap semaksimanya, ia hanyalah usaha daya kita memaksimakan perlindungan dengan kadar kita, upaya kita.





Gambar 1: Inilah grilnya.


Namun beria-ria jugak saya memilih gril ini, he he he. Saya mahu ia sesuai dan berpadanan dengan rumah saya. Tak naklah nanti orang kata `mahal tali pada beruk'. Saya memang tak suka yang terlalu banyak kerawang. Saya juga tidak gemar kalau ada terlalu banyak bunga-bunga (ada seketul dua tak apalah). Itulah citarasa saya, mungkin citarasa orang tak berduit kot.
Saya juga cerewet mengenai pemilihan warna grillnya. Saya mahu warna gril berpadanan dan sepadan dengan warna rumah. Cerewet kan. Besinya juga saya nak ketebalan yang diameter kira tebal jugaklah. Catnya pula nak yang elok sekali. Namun suami Zarida tetap melayan kehendak saya.
Gambar 2: Adnan ada juga menjalankan audit pengrilan...

Saya teruja sambil tersenyum dan perasan bila jiran-jiran memuji gril rumah saya. Saya pun tak nak nafi gril rumah saya menarik, setidaknya di mata saya. Saya selalu fikir yang ringkas tulah nampak menarik. Yang tak berlebihan itulah yang lawa. Eh, ke saya fikir begitu sebab saya tak ada banyak duit? He he he.


Gambar 3: Dicatnya secara berceloreng...



Bila pemasangan gril dah siap, nampak cantik pulak rumah saya ni (alamak naik lif tekan sendiri...), tapi tak apalah saya sendiri yang membayarnya tiap bulan (melalui on line). Setelah `ditegur' oleh pengunjung blog tempohari, saya terus buat on line segala pembayaran, termasuk kereta.
Gambar 4: Besinya agak tebal...



Saya bayar banyak kali baru habis hutangnya. Terima kasih tak terhingga pada Zarida yang memberi hutang begitu lama, sehingga saya sendiri tak berapa ingat bakinya. Saya memang ada juga pergi cari pembuat gril lain sebelumnya, semuanya nak cash dan paling boleh, bayar dua kali. Namun akhirnya saya pilih buat dengan Zarida senang, boleh arah itu ini. Saya harap Zarida dan suaminya tidak serik dengan perangai cerewet saya ni, dahlah cerewet, bayarpun nak banyak kali kan...he he he. Teruk saya kan...


Gambar 5: Rekabentuk pilihan saya ringkas sahaja...(seringkas duit dalam poket, he he he)

Saya rasa sangat puas hati dengan proses pengrilan ini. Keluarga saya pun ada memuji. Emak saya kata besi tebal bukan macam kat kampung. Abang ipar saya juga mengatakan harganya adalah berpadanang dengan mutu kerjanya.


Saya tersenyum bila dipuji. Mulanya saya nak `tahan muka' bila dipuji sebab orang kata orang yang mulia bila dipuji mukanya tak berubah. Tapi saya tak boleh tahan jika dipuji, dah sah tak mulia kot, he he he.


Biarlah habis duit sikit asal puas hati. Pun begitu saya merasakan saya membayar pada kadar yang mampu.

Jan: Bila rumah sudah digrilkan, kurasa terpenjara sepi di dalamnya...(pulak dah!)

13 comments:

unclejoe said...

gril kan rumah mu jangan ko gril kan diri mu dari dunia realiti ini encik Jan...hiihii

ok...kengkawan itu baru gril lum teng mende lain lagi...ikuti episod seterusnya nati..

ye kan en jan...?

madier said...

siap ada model grill tu....hok pakai jersey newcastle...haha

Abah Mui'zz said...

Mang, cantik ah gril umah mung. Aku pun nak mintak Zarida buat gril rumah aku jugalah nanti. Sebab leh bayar ansuran. Hahaha.

sukiman said...

unclejoe,
...tapi terkdg realiti hidup sepahit hempedu @ jadang (namun kuharung jua, he he he).

Madier,
jangang tok tau model tu la yang suroh beli rumoh tu, mulanya tak mboh beli tapi dia kata 'beli la, sampai bila nak lawat rumah contoh je...' Thanks kepada model yang kini bervioss tu, he he he.

Abah Mui'zz
Eh, tak buleh la Abah Mui'zz oii. Orang-orang tertentu dan istimewa je boleh diansurankan (perasan la ni...), he he he. Tetapi tak apa, harganya boleh dirunding kata Zarida.

eta said...

cantik grill rumah...pemilihan yg tepat gitu..bagus3x..

sukiman said...

Thanks. Palang-palang biasa je eta, ada bunga dua tiga kuntung bersama daungnya menambah seri...he he he.

eta said...

simple is beauty..simple like expensive...anyway, "happy birthday today " yer...he3x...

ieda said...

eppy bday to youuuuuuuuu .. eppy bday to youuuuuuuuuu ..

wehhh kiman .. mu wat aku ketawa guling2 ... hahahhahah kelakooor aaar

mu citer , aku lak kembang kempis mukeer nieh .. wakakkakak

ps : arap2 ramailah yg nak order ngan aku kiman .. nanti percent kita runding .. wakkakakak

sukiman said...

thanks, hope-hope happy, hehehe.

hajat kalau ada duit nak buat buaiyang pulak la ieda...

kalau ada buai, bolehlah duduk relek berbuai sambil mengelamun bak putera raja yang tak suka sukan berkuda.

Eja said...

cantik,simple,menawan....

eh bila nk wat mjls naik umh ala2 omputih tu...hehehe..

hepi bday..

sukiman said...

thanks eja...

he he he. entahlah rumput pun tak tumbuh lagi...

jaja said...

cantik gril umh. sy pn ngah survey nk wat.leh tak bg contact no? brp ek bajet untk psg umh 2 storey?TQ

jaja said...
This comment has been removed by the author.