"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, September 28, 2009

Dua kali je...

'' Ya allah betul ke ni ? '' Saya buat-buat terkejut selepas guna unsur agama (`ya allah' tu tadi). Memang saya kesian betul kawan baik yang satu ni.
Memang masa kat U dulu dia kaki perempuan, playboy. Saya tak tahu kenapa lelaki yang suka tukar perempuan kita panggil playboy, tetapi saya tahu lelaki yang selalu naik kuda kita panggil cowboy.

'' Dia beri dua kali je Man...'' Kawan saya tadi membuat penegasan kali ke dua, bernada sedih dengan muka sedih bagai Anita Sarawak kehilangan set make-upnya... Dia merenung ke luar jendela dengan pandangan yang kelat. (Begitu hebat ya penangan tak mencukupi seks dalam alam rumahtangga?)

'' Kan bulan ramadhan kalau buat seks dapat pahala kan? Tak bulan ramadhan pun suami isteri kalau buat seks dapat pahala kan?'' Saya buat-buat tanya lagi dan lagi, he he he. Sambil tangan saya ligat membuka balang biskut yang pelbagai rupa bentuk (tetapi rasa hampir sama, he he he, huh!).

Saya tidak berpengetahuan mengenai berapa kalikah sepatutnya orang yang berkahwin buat hubungan seks dalam seminggu, dalam sebulan. Tetapi tak kan tiap hari kot.

Yang saya yakin, pasti dan amat tahu ialah seks amat penting dalam hubungan rumahtanga, ia sebagai makanan emosi pasangan masing-masing.

Sebenarnya saya terpaksa melayan minda kawan saya yang bercuti khas selama 2 hari untuk jumpa saya, minta pendapat. Dia cakap isterinya beri dua kali je sepanjang bulan ramadhan (itu pun dia terpaksa tarik rambut masuk bilik).

'' Pujuklah dia molek, beri hadiah ke?'' Saya pulak beri cadangan, macamlah pakar sangat cara-cara nak dapatkan seks daripada isteri. Susah juga ya dalam berkeluarga, kena ada ilmunya. Kalau kita main senang je, akan membahayakan perhubungan dalam jangka masa panjang.

'' Mung goda dia tak, sebelum nak dapatkan seks? '' Saya tanya lagi sebab saya rasa walaupun dia isteri kita kita kenalah buat drama sikit, tak kan nak terkam dengan kasut-kasut (ke boleh). Kita buat-buatlah macam kucing gatal, he he he...(tak kan tu pun nak ajar kan?)

'' Atau mung pelbagaikan teknik atau buat seks di tempat lain, jangan asyik dalam bilik tidur je, pergi bercuti ke? '' Saya tanpa segan silu beri pendapat.

Sebab orang kita taboo bincang pasal seks (baca boleh, bincang tak boleh), saya pun malu jugak nak sebut dan bincang pasal seks secara terbuka. Dan saya tidak mahulah blog saya membicarakan pasal seks memanjang. Namun saya tahu masyarakat kita terutama oarang Melayu sangat kemaruk seks, kalau tak percaya tengok tajuk berita muka depan Harian Metro.

Namun saya percaya semua orang ada fantasi seksnya sendiri, apa yang dia mahu. Cuma tak payahlah nak diwar-warkan sebab kita bukannya Ning Baizura.

Teringat saya dulu seorang ustad beritahu kalau suami mintak atas unta pun kena bagi. Dan teringat juga saya kena marah sebab tanya teknik yang digunakan bila ada atas unta....he he he.

'' Mang mung tau tok atas dunia ni katil lah jadi syurga kecik kita, tapi aku raso macea ada bara bowoh katil aku...'' Dia memberitahu kesedihan dia... Saya bertambah kesian... Dia beritahu lagi sebenarnya sejak lahir anak pertama isterinya dah jadi amat dingin pada seks, sedangkan dia mengaku dia makin galak.

'' Aku rasa dia tok sayang doh ke mung...'' Senang-senang saya buat kesimpulan kepada atas sebuah rumahtangga orang. Dan saya tak peduli apa orang akan kata atas kesimpulan yang saya buat itu.

Jan: Semoga kawan saya itu mendapat seks yang mencukupi seumur hidupnya...


1 comment:

Vivacious O'light said...

mungkin si suami malang ini tak gosok gigi dan mulut berbau kot? atau berbau badan atau kepala tak shampoo...

.