"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Sunday, February 5, 2012

Suami suka meminjam duit...

A woman worries about the future until she gets a husband, while a man never worries about the future until he gets a wife.

Proverb


Semalam ketika saya bertungkus lumus lihat kamus sebab baca novel Jhon Grisham, saya menerima sms daripada kawan saya. Kawan yang sudah lama tidak sms saya kerana sibuk dengan perkahwinannya (yang baru berusia 2 tahun lebih).
Sebenarnya, pada hari perkahwinannya saya sudah dapat `baca' bahawa suatu hari nanti dia akan berbogel sebogelnya! Maksud saya dia akan habis semua duit dalam akuannya kepada suaminya. Saya pernah tanya dia dahulu kenapa bakal suaminya mahukan dia? Dia tidak dapat jawab! Dia hanya jawab dia perlukan suami kerana beberapa sebab. Huh, perempuan!

"Jangan ingat kita perempuan ni kita bijak, lelaki lebih jauh bijaknya" Kata saya sambil beritahu yang bukan semua lelaki tidak baik, ada yang baik macam saya, he he he. Jahat saya kan? Jahatkan?

Saya ada terdengar lelaki tersebut adalah ahli perniagaan yang berjaya kaya raya. Lantas kalau kaya raya mengapa perempuan macam kawan saya jea dia pilih. Lelaki ni kalau tak ada duit pun dia nak yang cantik. Ni kan pula ada duit. Saya tertanya jugak...

Tetapi saya yang jahat ini ambil kesimpulan mudah. Lelaki mungkin ambil kita kalau muka kita tak seMaya Karin asal ada duit, ada kerj atetap. Dunia maskulin sekarang, lelaki mana nak gendong biawak hidup? (padahal lelakilah yang wajib beri nafkah isteri dan anak-anak, tuhan tanya nanti...).

Sebenarnya, dah berpuluh ribu dah habis atas nama pinjam. Dan puluh ribu juga habis sebelum kahwin! Semua atas nama pinjam. Saya pun kesian kat dia sebab dia juga perlukan masa untuk kumpul duit tersebut. Sampai rela pakai baju kurung kain murah.

Kata kawan saya yang lain pula, suami isteri mana pakai kongsep pinjam, selain pinjaman tak berbayar, he he he. Saya tak tahu, saya tidak pernah ada isteri ataupun suami, he he he. Kalau sapa nak kahwin dengan saya, dan selepas kahwin kalau nak pinjam duit saya, saya beri sahaja sebab suami isterikan sehati sejiwa, he he he. Jahat saya.

Orang lelaki ni sangat pandai berlakon. Sebab itulah diwujudkan katogeri pelakon lelaki terbaik dan pelakon wanita terbaik. Sebab kalau ada pelakon terbaik sahaja, pasti lelaki jea yang memanjang dapat tiap-tiap tahun. He he he.

Memang saya ramal hidup dia memang lebih malang dalam perkahwinan berbanding dia hidup solo. Kini dia menangis dan susah hati hidup tak tenteram... Itu ke yang dia cari dalam hidup?.

Jan: Tapi kadang-kadang kita kompisu jugak, orang nak ke kita ke...? atau ke duit kita? Haaa...

3 comments:

Nong Andy said...

beri saja? oh.. kamu tentu sorang suami yg baik wahai en.Pensyarah! rasa nak suruh kawan saya pinang kamu sajalah! hehehe..

untung sabut timbul
malang batu tengelam
kalau dapat somi baik best betul
kalau x? huh.. JAHANAM!

mmah said...

perempuan selalu terdesak untuk bekeluarga bile usia makin meningkat..tapi fikirlah dengan baik setiap tindakan serta jgn lupa doa minta yg terbaik dlm hidup...

zahureen said...

..x dapat nak jangka apa yg akan berlaku selepas perkahwinan...

.